Ahad, 31 Januari 2010

Kuetiau Goreng

Breakfast pagi ni, cukup la untuk makan 3 beranak. Tak letak kucai pun sbb anak2 bertuah tu mesti tak makan punya. Tapi tambah ler sikit taugeh, kang bogel kosong jer kuetiau tu..


Kuetiau ni aku buat style kering. Kalo nk basah, simbah jer air, tp jangan ler sebaldi...wakahkahkah.....Resipi boleh klik sini yer ataupun sini

Bahan-bahan:
>500gm kuetiau
>300gm udang
>200gm kerang atau mussel utk org susah nak dpt kerang
>150gm tauge - dibuang ekor
>3 ikat daun kuchai - tak ada pun tak apa
>100ml minyak masak
>3 ulas bawang putih - dicincang halus
>1 keping fish cake or fish ball - dihiris halus
>4 sudu makan bawang goreng - option kalau suka
>3 biji telur
>4 tangkai daun bawang (option) - dihiris 2cm
>2 sudu makan cili kisar
>garam secukup rasa

Bahan2 sos dicampurkan:
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan kicap manis
5 sudu makan kicap masin
sedikit air

cara:
-panaskan minyak di dalam kuali, goreng dulu telur dan pecah2kan dan ketepikan
-satukan udang, kerang, fish cake/fish ball gorengkan sekejap dan ketepikan
-satukan bahan2 sos, gorengkan sekejap dan ketepikan
-satukan kesemua sayur, gorengkan sekejap dan ketepikan
-letakkan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan
-masukkan cili kisar dan goreng hingga garing
-bubuh kuetiau dan kacau cepat2
-masukkan bahan2 sos dan gaul sebati
-masukkan semua bahan gorengan dan gaulkan semuanya sekali hingga rata
perasakan garam
-akhir sekali masukkan bawang goreng kalau suka
-angkat dan boleh dihidangkan

1 corat coret:

geraugebang berkata...

Manyak sedap hooooo. Tengok kaler ajer sudah tau sedap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...