Selasa, 19 Januari 2010

Pandan Soft Bun

Tgh rajin plak buat roti skang ni. Sebenarnya nk menghabiskan stok water roux kat dalam esbox tu. Sayang ler plak nk buang. Buat roti pandan plak hari ni. Kali ni cicah dengan kuah durian la plak...bestnyer !!!


Bahan-bahan
-200g tepung roti
-50g gula
-2g garam
-1 sk bread improver
-4g yis kering
-1 biji telur
-50ml fresh milk
-50g water roux
-30g butter
-12 sudu kecil jus pandan pekat / pandan emulco

Cara-cara
-Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan pilih menu Dough dan ONkan. Tunggu sehingga siap. Jika menggunakan kaedah uli tangan, uli sehingga menjadi doh yg elastik.
-Perap doh hingga naik 2 kali ganda.
-Tumbuk2kan doh bagi mengeluarkan angin. Uli sekejap.
-Bahagikan doh kepada bahagian kecil.
-Susun ke dalam loyang. Tunggu hingga doh naik sekali ganda lagik.
-Panaskan oven. Bakar suhu 175 selama 23min atau hingga keperangan.
-Kuar dr oven, sapukan susu cair dan sejukkan di atas redai.


Kat KL skang ni tengah melambak durian, entah dari mana la datangnya. Ada yang kata dari Pahang. Kalo beli durian ni, aku lebih suka buat bubur. Pas tu cicah ngan roti.




Ok... byee....

2 corat coret:

E-na Zarina berkata...

Cantik je roti tu, sama besor seragam! gebus lak tu!!!

TREAT AND TRICK berkata...

Gebu betul roti tu...cantik pulak warnanya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...