Rabu, 27 Januari 2010

Nasi Ayam Oriental

Salam
Hari ni seawal pagi dh siapkan makan tengahari, menu simple dan senang dimasak iaitu Nasi Ayam. Dh siap masak, aku bedal dulu laaaa.....


Dh lama nk makan. Hari tu ada la suruh Hang Jebat belikan nasi ayam, aku nk yg original nasi ayam mcm kat kedai tu, tp dia beli nasi ayam kat kedai Ayamas tu...ceh..tak sedap plak tu..
Beberapa hari lepas tu, aku suruh dia beli lagi, tp kali ni ayamnya plak tak sedap, keras membatu...so hari ni buat la sendiri..puas hati


Resepi ayam
>1/2 ekor ayam-dicuci bersih, tak payah potong
>2 ulas bawang putih-ditumbuk
>1 inci halia-ditumbuk
>1 sudu teh serbuk rempah lima
>2 sudu besar sos Hoi Sin
>1 sudu teh serbuk cili (sapa suka pedas)
>1 sudu besar madu
>garam dan perasa secukupnya.

Cara-cara
1.Semua bahan2 diatas digaul rata dan diperap pada ayam selama sejam atau lebih
2.Bakar ayam hingga masak.


Resipi Nasi
>2 pot beras
>2 1/2 pot air
>1 kiub ayam
>3 ulas bawang putih-ditumbuk
>1 inci halis-ditumbuk
>1 batang serai-diketuk
>2 helai daun pandan-disiat
>garam, perasa
>butter secukupnya untuk menumis
>pewarna kuning jika suka

Cara-cara
1.Cairkan butter dan tumis bawang putih dan halia yang ditumbuk sampai naik bau.
2.Masukkan air, diikuti dengan serai, daun pandan dan bahan2 lain. Masukkan beras. Jika kurang air, bolehlah tambah air.
3.Masak hingga nasi masak. Siap

Resipi sup:
>tulang ayam, kaki ayam secukupnya
>2 kiub ayam
>1 batang lobak putih-dikupas kulit dan dipotong kiub
>2 batang saleri-dikerat-kerat
>3 ulas bawang putih-ditubuk halus
>1/2 sudu teh serbuk lada putih
>1 inci halia, diketuk
>air secukupnya
>serbuk perasa dan garam
>sedikit minyak masak, dan beberapa titis minyak bijan

Cara-cara
1.Panaskan minyak, dan tumis bawang putih dan serbuk lada putih sampai kuning/naik bau.
2.Tuangkan air secukupnya.
3.Masukkan tulang ayam, kaki ayam, lobak putih, batang saleri, halia yang diketuk, kiub ayam dan bahan2 lain.
3.Renehkan selama 1-2 jam.
4. Siap dan bolehlah dihidangkan bersama daun sup, daun bawang dan bawang goreng.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...