Ahad, 17 Januari 2010

Cekodok Ikan Bilis

Slamat Hari Minggu !!!

Hai sume? apa khabar pagi ni? dh breakfast? mesti best dapat bersama keluarga hujung minggu ni kan. Tapi aku, mcm biasa Hang Jebat aku kerja, kerja dan kerja......bila nk cuti plak, entah ler..
Tido malam tadi, tetiba plak termimpi nk makan cekodok ikan bilis. Tapi tak mo yang garing dan keras mcm batu. Nk yang gebu dan lembut2 gitu. So bila bangun jer, terus ke dapur, buat ler cekodok ni. Sib baik malam tadi dh beli ikan bilis yang siap kopek kat pasaraya dekat umah ni..senang sikit kerja.

Ada 2 versi. Gambar yang depan skali tu, untuk aku, sbb ada campur taugeh dan bawang besar yang dipotong dadu. Dan cekodok kat belakang tu, untuk anak2. Diorang punya takde sayur, cuma ikan bilis dan bawang besar yang ditumbuk. Kang kalo letak sayur, habis dikoreknya isi perut cekodok tu. Wat sakit ati aku jer...


2 corat coret:

TREAT AND TRICK berkata...

Noorma....sedapnya cekodok ikan bilis..dua2 pujaan hatiku....

Noorma Ismail berkata...

pujaan hatimu adalah pujaan hatiku jua..wakahkahkah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...