Sabtu, 30 Januari 2010

Pengat Durian

Malam tadi, masa pegi pekan kat equine tuh, nampak orang jual durian. On d way balik, suruh ler hubby singgah. Laki aku tuh, kalo beli durian ngan orang tepi jalan cenggini mmg tak suka. Dia kata orang tu penipu, jual durian tak elok. Abih tu, nk nanti dia pegi Bentong dan belikan durian...berjanggung ler...baik aku beli kat sini jer...

Kali ni buat pengat durian berkuah putih plak. Teringat masa kat kampung dulu-dulu, time durian jer mesti mak buat kuah durian. Kami makan ngan pulut. Idak pun durian, pulut dengan santan mentah..mmg best. !!! Kalau orang sebelah utara, mmg cengginilah pengat/bubur duriannya.

Kalo orang KL, diaorang letak gula melaka. Masa mula2 kahwin, mmg tak tau orang KL wat kuah durian letak gula melaka. Sampailah aku kerja sbg PR kat TNB. Masa tu ada lawatan Datuk Sri Leo Moggie ke TNB Switchgear di Sungai Buluh. Masa meeting tu, diorang suruh sediakan makanan peberet Datuk Leo Moggie, iaitu pengat durian gula melaka bersama roti jala. haaa.....itu ke citernya.. tp mmg terdapat banyak perbezaan kalo letak gula melaka dan gula putih. Bagi aku, dua2 sedap !!


Petang ni, pengat durian cicah roti. Malas dh nk buat roti, sebabnyer bread softner dh abis !!! so rehatlah kejap cik BM aku tuh....

1 corat coret:

blogresipi.com berkata...

Kite pun suke yang letak gula melaka.hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...