Ahad, 17 Januari 2010

Roti Blueberry

Dh lama tak buat roti, dan dah lama jugak la cik breadmaker aku tuh cuti. Tak leh jadi ni. Lama2 nanti jadi tukun tiruan plak. Ari tu beria-ia sangat nk beli.
So check la plak tepung roti. Ada banyak lagi dalam esbox tu (he,he....aku simpan tepung, gula dan barang2 bakery kat dalam esbox, so tahan lama laaa ) Dan hari ni, bermulalah khidmat BM aku tu semula....kali ni guna water roux plak. Ramai kengkawan blogger tgh kecoh buat roti water roux skang ni...



Bahan-bahan
*200g tepung roti
*50g gula
*2g garam
*1 sk bread improver
*4g yis kering
*1 biji telur
*50ml fresh milk
*50g water roux
*30g butter
*jem blueberry secukupnya
*kelapa parut

Cara-cara
-Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan pilih menu Dough dan ONkan. Tunggu sehingga siap. Jika menggunakan kaedah uli tangan, uli sehingga menjadi doh yg elastik.
-Perap doh hingga naik 2 kali ganda.
-Tumbuk2kan doh bagi mengeluarkan angin. Uli sekejap.
-Bahagikan doh menjadi bulat2 kecil. Susun ke dalam loyang. Tunggu hingga doh naik sekali ganda lagik.
-Sembur sedikit air ke atas doh, dan paipkan jem blueberry. Tabur kelapa parut kering.
-Panaskan oven.
-Bakar suhu 175 selama 23min atau hingga keperangan.
-Kuar dr oven dan sejukkan di atas redai




Jom makan roti.Cicah air milo pun best !!!

0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...