Ahad, 23 November 2008

Sambal tumis terung belanda

Kengkawan sume kenal tak terung belanda? Sesetengah tempat panggil terung pipit, sebab terung ni kecil2 jer. Banyak kenangan aku ngan terung belanda ni. Masa kecik dulu, kami di kampung guna terung ni sebagai peluru untuk senapang kayu, main tembak-tembak (ala2 peperangan la konon)

Kalau kena tembak, memang la sakit, tambah plak terung yang besar sikit. Hish..boleh menangis. Tapi zaman tu dh berlalu hampir 30 tahun lepas. Kalau kat kampung, terung ni bersepah, takde sapa nk makan. Tapi kat KL ni, terung ni ada harganya. Aku beli kat pasar borong, sekilo rm7.00 ... huh,,mahal gak tu

Sama jugak la dengan jambu air kecil yang warna merah tu. Kat kg aku, takde sapa nk makan, ayam pun hingin, kena pijak dengan lembu, ayam, itik jer.. tapi kat sini, 10 biji jambu air kecik tu dekat rm2.00 (aku beli kat jusco) padan la muka aku. Time ada kg dulu, benda tu tak pandang, tapi bila dah takde kg, sume benda kena beli. So..moral of the story...HARGAILAH APA YANG ADA DIKAMPUNG ANDA ! ! kah,kah,kah


Hari ni aku buat sambal tumis terung belanda+ikan bilis. Caranya, sama saja seperti membuat sambal ikan bilis, cuma tambah jer terung belanda ni.

Bahan-bahan
>terung belanda -dibersihkan dan dibelah 2
>ikan bilik
>bawang merah*
>sedikit belacan* (bahan2 8 ditumbuk bersama)
>cili kering kisar
>sedikit air asam jawa
>ikan bilis
>gula, garam, perasa

Cara-cara
1.Tumis bawang ditumbuk bersama cili kering. Biar sampai pecah minyak dan cili masak.
2.Masukkan air asam jawa, ikan bilis dan terung belanda. Kacau lagi. Boleh tambah air kalau kuah terlampau kering.
3.Perasakan dengan gula, garam dan ajinomoto. Biar kuah kering sedikit dan angkat.

Sedap dimakan dengan nasi panas dan ikan goreng. Bagi yang belum pernah merasa lagi, cubalah.... pasti ada kelainan lauk kampung ni :D

(untuk Hana,,,kat jepon tu sure takde punyer..so sabo2 lah yer ...ha,ha,,ha...jangan marah yer Hana)

0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...