Khamis, 6 November 2008

Murtabak Popia

Sebenarnya aku dh lama diperkenalkan dengan murtabak kulit popia ni, kira2 12 tahun lepas. Ada seorang pakcik berniaga murtabak ni kat pasar malam taman ikan emas, cheras. Pasar malam tu setiap hari khamis. Murtabak dia punyalah laku, sampai beratur orang nk beli. Lambat sikit jer, kempunan ler.
Resepi kejayaan pakcik tu satu biji telur untuk satu kulit popia. Takde bawang, penuh dengan isi ayam/daging. Huh, memang sedap... harga pun murah rm1.20 sekeping.
Tapi kini pakcik tu dh tak berniaga berniaga lagi. Tempat niaga dia pun orang lain dh take over. Agaknya dh pencen ler tu.
Resipi kat bawah ni aku copy dr Minami133(myresipi)

Bahan-bahan
>100 g daging cincang
>2 biji ubi kentang
>1 sudu setengah rempah kari
>1/2 biji bawang besar
>1 ulas bawang putih
>daun sup
>minyak
>1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
>kulit popia
>2 biji telur

Cara-cara
1.mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
2.apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
3.apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
4.pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
5.ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
6.goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...