Ahad, 10 Julai 2011

Urap Kacang Botol

Kerabu mmg menjadi paberet CK dari dulu lagi tp jarang buat kat rumah sebab takde sambutan. Dan kalo nk makan sangat, buatlah dalam kuantiti yang sedikit. Tidak pun, ajak kengkawan dalam lunch kat rumah. Haaa...masa tu dapatlah CK makan kerabu puas2.

Kali ni buat kerabu kacang botol plak. Ada resipi yang kacangnya dicelur dulu, tp CK tak suka plak cara celur ni. Suka lagi yang fresh. Krup krap jer bunyi bila makan...fuh..sedap !!


Urap Kacang Botol
sumber: Cendanakasih


bahan-bahan
8 biji kacang botol
secekak taugeh (dicelur sekejap)
3 tangkai kacang panjang
1/2 biji kelapa parut- disangai hingga kekuningan
1/2 inci cekur*
5 biji cli api*
2 biji cili merah*
1 labu bawang besar*
1 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
2 sudu udang kering*

Cara-cara
1.Kacang botol dipotong nipis. Kacang panjang dipotong pendek (1 inci).
2. Bahan bertanda * ditumbuk halus dan digaulkan dengan garam dan gula
3. Gaul dengan sayur2 yang dipotong tadi.
4. Tabur kelapa yang digoreng dan gaul rata. Siap dan boleh dihidangkan


Ok..lah...dah tengahari ni kan...SELAMAT MAKAN TENGAHARI BUAT SEMUA !!! 

..




2 ulasan:

Diana @ BKKC berkata...

slm..d sukela...suke..hehe...urep..atau orap..ni musti org jawe...

indahhouse berkata...

Salam kak noorma,
saya suka juga kacang botor.. tapi goreng kicap ngan telur.
saya tak pandai makan kerabu, tapi nak cuba buat nanti. :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...