Jumaat, 7 November 2008

Apam Mekar

Tahun lepas dh pernah buat apam ni, tapi tak menjadi. Hanya sebagai hidangan tong sampah. Keras, batat. So aku pun dh fed up, tak nk buat lagi.
Tapi minggu lepas, masa g kenduri kat Hulu Langat, sepupu hubby ada la bawak apam ni, aku dan anak2 pun rasa ler..memang sedap. Pas tu hubby aku siap citer kat mak dia kononnya aku pun pandai buat apam ni... hish..memang mulut takde insuran...
So hari ni, projek apam mekar dengan anak bujang aku tuh. Dia tolong pegang mixer. Aku ikut sume arahan dan petua.
Hasilnya.... (gabra jugak, kalau tak jadi mcm dulu tuh) wallah...mekar setaman, semekar senyuman ku ini. Puas hati.
Petang nanti nk g umah mak mertua aku lah, nk bawak apam ni...he,he,he..... ("mak..kita pun dh pandai buat apam mekar ! !" )
Resepi diambil dr rossitam (myresipi) dan blog hanieliza

Bahan-bahan
>250 gm gula
>2 biji telur
>1 sudu kecil esen vanilla
>200 ml susu segar
>300 gm tepung gandum
>1 sudu kecil ovallate
>Pewarna (ikut suka)
>Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara
1.Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
2.Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
3.Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
4.Masukkan ovallate dan pukul lagi.
5.Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
6.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (merah dan hijau)
7.Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaup balikkan hingga warna sekata.
8.Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
9.Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
10.Kukus selama 15 minit dengan api besar


tips agar apam menjadi dengan cantik
1. telur dan susu jangan ambik terus dr peti ais. Biar pada suhu bilik dulu
2.pukul telur dengan gula sampai betul2 kembang dulu - macam buat kuih bahulu
*aku buat, pukul putih telur sampai jadi meringue dulu, pas tu baru masukkan gula, pukul lagi kemudian baru masukkan kuning telur
3.kukus dengan api yang besar (air panas tu menggelegak)


SELAMAT MENCUBA YER...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...