Jumaat, 6 Januari 2012

Mexican Bun @ Roti Boy

Salam Jumaat yang penuh barokah buat semua.

Yeah...breadmaker CK kembali bekerja setelah lama tersimpan dalam kabinet. Sian kan kat dia...(CK siap bungkus dengan plastik sampah lagi, kengkonon nk bagi orang, atau simpan dalam stor buat selama-lamanya)
Tapi bila customer mula order donut frozen, dan CK pun tak larat nk uli pakai tangan (sebab banyak)...akhirnya BM tu terpaksa dikeluarkan. Dan bekerjalah dia sebagai pembantu CK untuk buat donut.

Dan...bila jenjalan kat Myresipi, nampak la plak Roti Boy. Tengok dalam lemari, ada lagi tepung roti. So boleh la buat. Selama ni asyik beli jer... satu rm2.00. Dan kalo CK beli sure kena beli 5.


Terima kasih kepada Mawfiz atas sumbangan resipi. Boleh tengok sini yer. Dan CK kongsikan kat blog ni plak utk rujukan CK dimasa akan datang. Sure akan buat lagi dalam masa terdekat. BM tu pun dh stanby jer...hehehe

Bahan-bahan ( 20 biji )
500gm Tepung Roti
225bm Air
8g Garam
letak topping banyak2
80g Gula
9g Instant Yis
14g Susu skim
25g Susu pekat
30g Telur
40g Shortening
30gm Margerin
6gm Pelembut roti
2gm Pembaik roti

Topping
150g Butter
120g gula
100g Tepung kek
sebiji telur
Perisa kopi/nescafe secukup rasa

Inti
150gm butter lembut
50gmgula perang
sedikit garam

Cara-cara
Campurkan kesemua bahan-bahan doh kecuali bahan topping.
Uli sehingga menjadi doh. boleh gunakan bread mixture atau gunakan tangan
Apabila doh telah terbentuk, rehatkan selama 30minit
Selapas 30minit, tumbuk doh dan uli semula.
Bahagikan doh seberat 55gm dan bulatkan dan masukkan inti
Letakkan di atas loyang yang telah digris dengan shortening
Tutup dengan tuala lembab dan lakukan fermantasi selama 1jam
Sementara menunggu fermentasi selesai, sediakan bahan toping
Campurkan semua bahan topping dan pukul sehingga sebati (menjadi krim)
Topping
Gunakan paip kek untuk spread pada permukaan doh roti dalam bentuk bulatan
Patikan fermentasi roti telah selesai sebelum krim di letakkan
Bakar pada suhu 180c selama 20min
Siap!

Inilah akibatnya kalo letak topping banyak2...meleleh sampai bawak... tp topping ini jugaklah yang dikutip oleh anak2

Rotinya lembut dan gebu. Macam kapas plak. Best sangat. Disebabkan CK malas nk buat sebijik2 macam kat kedai tu, CK letak jer roti ni dalam bekas. So jadi ler mcm gambar kat bawah tu... OK lah kan, untuk makan family.


Cadangnya CK buat roti ni untuk breakfast pagi ni, sebab tu sebaik saja masak, CK ambil 2 ketui untuk kami rasa. Tapi....lain plak yang jadi....habis licin kena makan malam tadi jugak. So pagi ni... CK terpaksa breakfast lain untuk keluarga.




5 corat coret:

mala berkata...

oh no! roti boy ... budak-budak pantang kalau bau roti boy ni mesti nak beli hehehe

Sheila Shafeareen berkata...

as'salam ck menarik sungguh akk suka lag x pernah buat lg ni...bab roti tu yg selalu x menjadi....x berapa nak gebus mcm ck punya ni...apa pun akk ku try satu hari nnt

KakAsma berkata...

CK,
akak makan ajer tau roti boy nie..suka rasa kopi tu..pernah gak teragak nak buat,tapi tak gak buat..hihihihi

Liza berkata...

salam ck....Liza pun suka buat mexican bun ni, harum satu umah...bestnya...

AbbotCottage berkata...

Peberet aku ni Kak Noorma, isk iskkk iskk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...