Rabu, 11 Januari 2012

Mutton Masala

Salam...

Hari ni CK masak kamben plak.... kalo ke kedai mamak, suka makan lauk ni dengan roti canai ataupun tosai. Tapi hari ni CK masak special sikit, ada makanan ala Arab.... Hanith Chicken with rice.


Resipi di'skodeng' dari blog kak Anim. Tapi CK ada buat perubahan sikit ikut tekak sendiri...TQ akak...share kat blog CK ni plak yer

Bahan-bahannya :-
1kg daging kambing (dibersihkan dan dipotong kiub saiz sederhana besar...gaul ngan
1 sk serbuk kunyit dan sedikit garam...rebus dgn sedikit air hingga air kurang/ daging cukup masak...)

Bahan dikisar bersama :-
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia

 Rempah tumis
1 keping kayu manis
1 bunga lawang
3 biji pelaga
1/2 sk biji jintan putih
1/2 sk biji jintan manis

 Bahan lain
1 labu bawang besar (dihiris)
2-3 biji ubi kentang (potong empat)
biji tomato (potong empat)
2 tangkai cili hijau (dihiris)
2 tangkai cili merah (dihiris)
1 tangkai daun kari
Sedikit daun ketumbar
3 sb serbuk cili
3 sb rempah kari daging
1 sk serbuk Garam Masala
2 gelas air
3 sudu besar yogurt (ni CK tambah)
Garam dan aji secukupnya
Minyak masak

Cara-cara memasaknya :-
Panaskan minyak dlm kuali.
Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji jintan putih dan jintan manis.
Masukkan bahan2 yang telah dikisar tadi bersama rempah kari dan serbuk cili, tumis hingga bau wangi.
Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari.
Kacau seketika dan masukkan tomato.
Kemudiannya, masukkan daging kambing yang telah direbus tadi.
Kacau bersama ubi kentang.
Tambahkan air, serbuk cili, garam dan aji secukupnya.
Kacau sebati.
Tutup periuk dan biarkan mendidih.
Apabila kentang dah masak, boleh masukkan  garam masala dan yogurt.
Gaul sebati dan biarkan seketika.
Pastikan cukup rasa, daging pun dah masak.
Taburkan daun ketumbar dan gaul.
Padamkan api. Mutton masala sedia dihidang.

*** Kari ni lagi sedap jika dibuat pekat, so kurangkan air... Sedap dimakan bersama nasi minyak/ briyani...


Ni Hanith Chicken. Ayamnya diperap dengan rempah2 Arab, dibalut dalam aluminium foil  dan dibakar dalam oven.
Salad- campuran timun, tomato, bawang dan yogurt.



Errm....nasi Arabnyer tak dapek la ditunjukkan gambar, sbb tengah masak....hehehe...len kali lah yer....



8 corat coret:

Irfa berkata...

mengiurkan :) kambing itu

Liza berkata...

ck....peberet Liza tu kambing....eeemmmmbeekkkkk....hihihihi

Kak Sam berkata...

Nampak best tapi tak reti makan kambing.

AbbotCottage berkata...

wah wah wahhhhhhh Kak Noorma, kemain lagik ek, marin rusa, ni ari kamben. sok per? kalo sok best gak, ko kena jemput aku makan sekali Kak. Terduduk dah ni tgk kamben masala, aiyakkk!!!

Ucu Faridah berkata...

ucu baru belajar2 mkn kamben...

mala berkata...

Salam ck, wow! Semlm rusa hari ni kambing, sedap tu!

Nieza berkata...

sedapnya!.. likex3:)

cik cek berkata...

Mana nasi Arabnya....kita nak tengok gakkk...sedapnya...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...