Rabu, 21 Oktober 2009

Tempe goreng cili padi

Terliur sungguh tengok kak Ina KL tayang tempe dia semalam. Kebetulan, petang semalam ada pasar tani kat Kinrara, hajat hati nk cari acar buah, pisang tanduk dll, tp takde lah plak. Time jalan kat bahagian sayur, nampak plak tempe, dan aku pun belilah tempe daun ni.



Resepi ni pun amik dr blog kak Ina KL. Thanks akak...sedap lauk ni, cuma kena siapkan air banyak2 masa makan.

Bahan-bahan
~1 mangkuk kecil ikan bilis-ambil sedikit untuk di tumbuk dan lainnya di goreng garing
~2 bungkus tempe-sebaiknya tempe yang dibungkus dgn daun -hiris tipis
~10-15 biji cili padi-nak banyak pun boleh
~1/2 biji bawang besar
~3 biji bawang kecil
~3 biji bawang putih
~1-2 biji limau kasturi-ambil jus
~minyak secukupnya dan garam

Cara-cara
1. Tumbuk cili padi bersama-sama bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan sedikit ikan bilis sampai lumat.
2. Panaskan minyak dan goreng tempe sehingga kekuningan. Toskan.
3. Goreng pula ikan bilis. Toskan.
4. Tumis pula bahan tumbuk hingga garing dengan menggunakan api yang sederhana.
5. Apabila telah garing, masukkan sedikit garam, ikan bilis. Rasa dulu baru tutup api.
6. Kacau sebati dan perahkan jus limau kasturi dan bolehlah dihidangkan.

2 corat coret:

kak ina kl berkata...

salam noorma..tqlah sudi nak cuba resepi tu..taklah menitik air liur tu kan..

Noorma Ismail berkata...

yaaaa...betul tu kak Ina..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...