Sabtu, 24 Oktober 2009

Mee Rebus

Salam Sabtu sume !!!
Hari ni masak mee rebus plak.


Resepi yang marbeles dari umah Kak Ummi Kuantan. Thanks akak !! lebiu..

Bahan-bahan
>50 gm udang kering (dikisar)- aku tambah udang hidup jugak dalam kuah tu
>100 gm daging (dipotong halus) **
>30 gm rempah kari
>80 gm cili kering (dikisar)
>40 gm lada putih
>3 biji bawang besar (dikisar)
>200 gm ubi keledek (dipotong halus, rebus dan kisar)
>1 liter air/lebih
>minyak
>garam dan gula secukup rasa

Bahan Hidangan:-
>Mee kuning - dicelor dan toskan
>telor rebus
>tauhu digoreng dan potong halus
>bawang goreng
>daun sup
>cili merah/hijau - hiris
>keropok udang

Cara-Cara:-
1.Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing (api perlahan).
2.Masukkan air, kacau hingga mendidih dan masukkan gula, garam, lada putih dan daging**.
3.Masukkan ubi, kacau atas api kecil hingga pekat sedikit.
4.Tutup api.
5.Tuangkan ke atas mee dan hias/tabur dengan daun sup, bawang goreng, cili dan telor rebus.

** Daging direbus dahulu dengan sedikit air hingga empuk.Masukkan ke dalam kuah dengan air rebusan daging sekali.


Jemput makan sume....

1 corat coret:

nurindah berkata...

Salam kak Noorma,

Waa...mee jugak. sedap, sedap. bahan2nya, nampak senang. lenkali nak try la..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...