Jumaat, 23 Oktober 2009

Roti Sosej

Ni breakfast pagi tadi untuk anak-anak. Minggu lepas masa open house umah kawan pun dia ada buat roti ni. Bukan anak2 jer yg suka makan, mak bapak pun suka jugak.



Bahan-bahannya:
* 8 keping roti
* 8 batang sosej - yang telah direbus/dibakar/digoreng
* 1 biji telur

Cara Membuatnya :
* Lenyekkan roti sehingga nipis.
* Bentangkan roti, Letak 1 batang sosej.
* Gulungkan dan ‘gam’kan dengan telur di bahagian penyambung (tak perlu dicelup).
* Goreng dalam minyak yang panas, dengan api sederhana sehingga berwarna keperangan.Angkat dan toskan.
* Potong menyerong roti tadi
* Boleh dihidangkan bersama sos atau mayonis.



0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...