Sabtu, 10 Oktober 2009

Brownies Kukus

Salam..... pekabo sume...harap sihat.

Hari ni ada mood sikit, tekak teringin plak nk makan kek coklat (gara2 tengok kak Ina KL wat kek coklat kukus untuk anak dier....) dan bila rodek2 resepi kat blog kengkawan, jumpa plak resepi brownies kukus ni dr umah Fiza. Bahan pun senang jer....dan buat lah...... Lepas buat, aku bantai tido...fuhh...aman dunia.....


Resepi dari Kak Fida, sifu masak yang glamour tu....memang sedap brownies ni, terasa coklatnyer...aku malas nk decorate atas brownies tu, kalo sesapa rajin leh ler letak menatang apa yang patut, gajus ker, candy ker....bantai ler...asalkan cantik....tp bagi aku yg pemalas ni, cukup ler topping coklat tu...


Bahan-bahan ( loyang 10x10x1 inc. )

-200 g mentega/majerin (3/4 cwn + 1 sb penuh)
-200g dark choc.(3/4 cwn choc yg disagat atau dihiris halus)
-170 g tepung gandum (1 1/2 cwn rata)
-30 g serbuk koko (1/4 cwn rata)
-4 biji telur
-170 g gula halus (1/2 cwn rata + 3 sb rata)

Cara-cara
-Cairkan mentega dan choc. secara double boil, kacau rata dan biarkan suam. Ketepikan.
-Tepung dan koko diayak bersama.
-Di dlm mixer, pukul telur dan gula hingga kembang.
-Masukkan campuran tepung dan gaul rata dgn spatula.
-Masukkan pula campuran choc. dan gaul lagi hingga rata.
-Tuang adunan ke dlm loyang bergris dan kukus hingga masak selama 15 min.
-Sejukkan brownies dan potong 2 inc. persegi.
-Hias brownies ikut selera. Disini saya bubuh topping dgn choc. cair dan juga badam hiris. yg dipanggang.







8 corat coret:

kakchik berkata...

assalamualaikum noorma.

sedapnya...
masa raya hari tu ada juga buat brownies ni, ingat nak hidang kat tetamu tapi habis dimakan ahli keluarga.

IMCurtain berkata...

Salam sejahtera,

Kami ingin mengajak anda menyertai komuniti blogger dari serata tanahair untuk mempromosikan blog anda di laman web kami.

Click pada butang 'Tutorial' untuk mengetahui cara menggunakannya. Pendaftaran adalah PERCUMA!

Daftar sekarang: Blogger Malaysia [Blogger's Meeting Point]

Malaysia Boleh!

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

bila buat tak sempat letak topping dah langsai...hehehe..

Siti berkata...

kak, apa beza brownies dgn kek coklat?dr segi bhn ke apa ek

Noorma Ismail berkata...

Siti- akak tak brapa suka brownies ni, sbb teksturnnya macam kek coklat tak jadi jer..dia ni keras sikit dr kek.. entah ler.. ni la first dan last membuatnyer..

Siti berkata...

oo mcm tu..tula, sy asyik terliur je tgk brownies kt gmbr2..nak buat takut jd kek coklat je..tak penah rasa brownies lg...pastu beli la sepotong kt kedai...btul kata kak, keras skit dr kek..tp bau coklat dia sedap..taktaula coklat brand apa dia pakai..wangi je..

fawwaznuha berkata...

assalam kak,
sy baru cuba resepi ni tadi, cuma nk tau kenapa ye x gebu macam gambar brownies akak buat? sy punya keras (xlah keras sgt) ala2 bengkang? sy lapis kat tengah dengan cream cheese..rasa sedap dh

Cendana Kasih berkata...

Fawwaznuha
brownies bukanlah seperti kek. Ia macam kek padat tapi bukanlah seperti bingka.
Dalam kek adik ni...
cer siasat :
1. telur tak dipukul hingga kembang
2. tepung tak diayak dahulu
3. mungkin boleh masukkan campuran tepung berselang seli dengan choc
ataupun

Bagi akak, tak kira brownies atau kek,akak suka jenis gebu atau lembut. Sebab tu akak lebih suka (selamat) tambah ovalet.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...