Isnin, 26 Oktober 2009

Ketam ala Thai

Ini salah satu lauk untuk hari ini. Lama gak tak makan ketam ni. Takut alergik satu badan. Kang menggaru jer mcm beruk....tapi takpe, hari ni dh siapkan kelapa muda. Lepas makan ketam, minum air kelapa muda...takdelah gatal nanti.... Selalu kalo beli ketam, aku suka rebus jer (paberet dari kecik lagi). Idak pun wat masak lemak cili padi + nenas. Tp kali ni nk cuba plak resepi dari Sheila Rusly (Ketuk-Ketuk Ramadhan).




Bahan-bahan
>2 ekor ketam -dibersihkan dan dikukus
> 3 biji bawang merah*
>2 biji bawang putih*
>1 inci halia*
(semua bahan-bahan * ditumbuk halus)
>1 batang serai-diketuk
>2 sudu pes tomyam (kalo pakai tomyam kiub pun ok gak)
>1 sudu cili giling
>1 sudu sos tiram
>2 helai daun limau purut
>sedikit daun ketumbar-dihiris (kalo suka la....)
>2 biji cili padi thai -diketuk jer
>sedikit sos ikan
>sedikit air
>garam, gula, perasa

Cara-cara
1.Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk.
2.Bila dh agak garing, masukkan cili giling. Tumis lagi.
3.Masukkan serai yang diketuk, dan tumis lagi. Masukkan pes tomyam dan kacau.
4.Diikuti pula dengan sos tiram. Tambah sedikit air.
5.Masukkan sos ikan, cili padi dan daun limau purut, serbuk perasa, gula, dll. Kacau dan masukkan ketam.
6.Gaul rata dan angkat. Bolehlah ditabur dengan daun ketumbar. Siap....

Selamat Menjamu Selera !!



3 corat coret:

indahhouse berkata...

Salam kak Noorma,
saya bawa sambal nasi lemak ni,kak. ketam ada lagi? :)

Noorma Ismail berkata...

Indahhouse- wah..bestnyer dapat sambal nasi lemak...ketam tu ada lagi, tp cengkerang nyer lah...hehe...

geraugebang berkata...

salam kenal dari kak gerau. mengancam ketam tu nampak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...