Ahad, 12 Oktober 2008

Rendang Ikan Kayu

Rendang ikan kayu ni resepi orang perak. Sebenarnya dh lama aku tak masak lauk ni, maklum ler, sejak puteri perak ni berkahwin dengan Hang Jebat, santapan ala perak jarang sekali memasuki istana kami (cewah..bahasa lama la plak)
Tapi baru-baru ni kami dikunjungi tetamu dr Perak, sekampung. Lalu tersingkaplah tirai kenangan zaman kanak-kanak aku. Masa dulu, kalau mak masak lauk ni, aku mesti bawak bekal nasi gi sekolah. Tak pernah plak aku makan rendang ni dengan pulut atau ketupat. Kalau dicuba tentu sedap kan.
Thanks untuk Rossitam (myresepi). Aku copy dr sana jer...



Bahan-bahan
>1 kg ikan kayu
>10 biji cili kering (*)
>2 inci halia (*)
>3 batang serai - dihiris (*)
>5 ulas bawang merah - dihiris
>1 liter santan - kurangkan jika terlalu banyak
>2 keping asam keping / asam gelugor
>1 helai daun kunyit bersaiz sederhana - dihiris halus2
>2 cawan kelapa parut
>Garam dan serbuk perasa secukupnya
>Sedikit serbuk kunyit
*** Jika gunakan kunyit hidup, kisar bersama bahan2 bertanda (*)

Cara-cara
1.Kisar bahan2 bertanda (*) hingga halus. Kemudian masukkan kelapa parut dan kisar lagi tetapi jangan sampai hancur. Tambah air jika perlu atau boleh gunakan santan.
2.Masukkan bawang merah yang telah dihiris, bahan2 yang telah dikisar halus, serbuk kunyit dan juga santan ke dalam kuali.
3.Masak di atas api yang sederhana hingga mendidih dan kuahnya berkurangan sedikit.
4.Kemudian masukkan ikan pari dan asam keping. Masukkan juga garam dan perasa secukupnya.
5.Masak sehingga kering tetapi jangan dikacau terlalu kuat kerana ikan akan hancur.
6.Taburkan hirisan daun kunyit dan kacau sehingga rata.
*** Tujuan tunggu hingga kuah berkurangan dan baru dimasukkan ikan ialah supaya ikan tidak dimasak terlalu lama di dalam kuah. Ini akan membuatkan ikan hancur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...