Selasa, 22 Mei 2012

Kuah Dhal Sayuran

Salam ... apa khabar kawan2 semua? 

Hari ini CK tayang kuah dhal dengan roti canai yer...Inilah lauk yang senang dimasak dan boleh makan dengan apa2 saja. Dengan chapati, roti canai, paratha ataupun dengan nasi putih/biryani dll.

 Dan hari ini, CK akan kongsi respi kuah dhal yang paling senang dimasak dan sedap dimakan. Untuk panduan anak2 dimasa depan. Inilah respi turun temurun. CK dah pandai masak kuah dhal ini sejak umur 10 tahun lagi tawww !!!


Kuah Dhal CK

Bahan-bahan
1 cawan kacang dhal- dibasuh dan rendam
3 sudu kecil serbuk kari daging 
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 cawan santan

Bahan sayuran
lobak merah
labu air
kentang
terung panjang/bulat
bawang besar
cili hijau, merah
* sayur-sayuran dipotong ikut bite saiz 

Bahan tumis
2 ulas bawang merah- dihiris halus
1 ulas bawang putih-dihiris halus
1 sudu kecil biji sawi
1/2 sudu kecil jintan putih
daun kari
2 tangkai cili kering-dikerat2



Cara-cara
kacang dhal direbus bersama serbuk kari dan serbuk kunyit sampai kacang lembut dan sedikit hancur.
Masukkan sayur-sayuran
tambah santan dan perisakan dengan garam dan perasa
Panaskan kuali dan tumis bahan2 penumis sampai kuning. 
Kemudian, terus masukkan dalam periuk dhal tadi. Kacau cepat-cepat dan tutup periuk. Siap... 
(sebaik-baiknya, jangan buka penutup untuk 15-20 minit, biar rasa dan baunya menyerap ke dalam kuah, lepas tu barulah buka penutup, kacau dan sendukkan dalam mangkuk)... ok...dah boleh dihidangkan. 


 Kalau nk campakkan mangga muda dalam kuah dhal ni pun sedap jugak... tp hari ni, tak sempat nk jolok mangga. Kat pokok ada kerengga plak tu....hehehe...



3 corat coret:

ogyep yummy mellow berkata...

Nampak menyelerakan CK.. ogyep dan anak2 suka kuah dhal, hubby x suka.. resepi yg ogyep selalu guna, mcm kurenggg lah gitu... pas ni nak cuba resepi CK pulak, kalau dah resepi turun temurun mesti sedap ni..

zila 4ever berkata...

salam ck
kita klu wt kuah dal nie mmg fail la..rasa mcm x sedap jew..tgok org buat myelerakan tul..;)

Nieza berkata...

sedapnya tgk kuah dhal ni kalau pekena dgn roti canai memang mantop ni..ishh lapo roti canai la pula...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...