Sabtu, 5 Mei 2012

Kundas

Salam... Dah lama tak update... CK sibuk dengan tempahan sikit... masak pun tak sempat. Macam hari ni, tapau dari kedai jer

Ok... ni CK nk tunjuk satu jenis makanan yang menjadi kegemaran CK sejak kecil. KUNDAS namanya. Selalu dijual dikedai2 mamak. Ni CK makan masa bercuti di Kuala Kangsar minggu lepas. Boleh cicah dengan kuah kari atau kuah kacang manis.


Dan bila balik rumah, CK cubalah skodeng resipinya. Namun masih belum dicuba lagi. Nantilah bila senang sikit kan !!! copy paste dari MYR

 Bahan-bahan

  • 225g tepung gandum
  • 120-150g gula halus (dlm kurang dr 2/3 cwn gitu) - resipi ni tak sensitif sukatan, so jgn riso guna sukatan tepat sgt...
  • 1 sdk soda bikarbonat
  • 110ml air
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Gaul rata ke semua tepung, bikar dan gula. Kemudian, tuangkan air dan dgn menggunakan tangan aje, kacau semua bahan td dengan air tu. Tak payah uli lama2, smpai semua dah jd cam gambar ni, kire ok dah. Biar skjap, dalam > 30min (leh tutup dgn cling film, xyah pun xper janji jgn lalat dtg dah lerr…). Adunan ni tahan hingga semalaman (kalau nk mkn srpn esok paginye tu, mlm leh bancuh & simpan).
  2. Alas tangan dgn tepung sket (agar tak melekat), ambil sket adunan, dlm sebesar bola ping-pong (saiz ikut suka tp jgn tebal sgt), then leperkan guna rolling pin (board utk meleper tu pun kene diletak tepung sket je). Buat ler smpai abih (spt dlm gambar).
  3. Panaskn minyak. Dgn api sederhana kecil, masuk satu persatu. Bila satu side dah menggelembung, baru balikkan (flip to the other side). Dia garing sekejap je, tu yg api kene kecil kalau tak dalam x masak. Rupa kuih kundas dah siap digoreng (sblm goreng saya potong dua sbb beso benor hehe…). Siap dihidang! 

10 corat coret:

mala berkata...

tak pernah makan la pulak bend ani kat kedai mamak tapi resepi simple saja. boleh cuba

Nuwairani Ismail berkata...

ini macam tak pernah makan lagi.

zarina berkata...

Seminggu sblm Pyneh makan kitaorang dah plan nak mkn ni kat rahmaniah..tak sempat sebab kedai tu tutup masa tu.. Sampai la sekarang ni tak dapat mkn lg

Yana Shaiful berkata...

Salam Kak CK..yana pnh mkn kundas ni ms p umah kak ipar kat pdg rengas.. simple jer resepinya..nnt nk try lah :-)

Qasey Honey berkata...

1st time dgr nama resepi ni..terjakun ker ekkk QH ni...hehehe...tp nmpk mcm kuih pau kan...nmpk sedap tu...lg2 bile dicicah kuah kari tu...

Sheila Shafeareen berkata...

salam mmg x pernah mkn dan dengar...ada rasa cam roti keee

~~zana@pb~~ berkata...

As salam CK......kundas ni dlm perhatian kak pb tau tp blum ada peluang, sdp tak? Mcm cakoi ye..

mama sara nur berkata...

assalam CK
mcmana percutian di Perak ari tu, habis ronda2 umah sedara tak? he he mesti la seronok kan
tgk macam cucur kembong je , mungkin nama lain ktorg panggil kot
sedap kalu cicah kuah

HomeKreation berkata...

Senang jer nak buat kuih kundas ni - Along kecik2 dulu selalu menguli tepung bila abang2 minta nak makan. Masalah nya serbuk pontas tu dah xjual skrg & kalau ganti dgn serbuk bic soda, kuih nya keras.

hana berkata...

igtkan buah ajer yg nama kundas! ada jugak kuih kundas yer! mcm cakoi tak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...