Rabu, 2 Mei 2012

Kuih Rengas Durian

Salam...

Sarapan pagi ini cuma kuih2 frozen jer...senang kan. Masa balik kampung ari tu, sempat juga beli durian untuk memenuhi stok durian frozen dalam esbox.

Kuih ni ada banyak nama. Selain dipanggil kuih rengas, ia juga dikenali dengan nama kuih kasturi dan kuih kacang hijau. 

Kalau buat kuih rengas jer, CK mesti tambah durian kat dalam adunan kacang tu. Idea timbul masa tahun lepas bila stok durian tengah menimbun. So CK campur la dalam kuih ni.... suruh plak Jebat bawak ke tempat kerja. Kebetulan diorang buat kenduri tahlil.  Kawan2 nyer pun suka...bila lama2, macam dah sebati dengan kuih rengas durian ni.. Dah tak suka makan yang plain...

Meh tengok bahan-bahannya:

Kacang hijau yang dah siap direbus
Kelapa parut
Gula
Isi durian
Tepung gandum
Secubit garam

Kuantiti: agak2 la yer... mcam dalam gambar tu !!




Cara-cara : satukan semua bahan dan kepal2 menjadi bebola. Leperkan sedikit dan ketepikan

Lepas tu sediakan plak butter untuk menyadur kuih rengas tu

Bahan-bahan
5 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung ubi
sedikit garam
1/2 st butter
sedikit air kapur
1 sudu besar gula
Air

** Gaul rata semua bahan2. Agak2 la kepekatan batter tu. Jangan terlalu cair/pekat. Lepas tu celup la bebola kacang yang dibuat tadi. Dan goreng hingga masak/perang. Siap !!

Dulu CK ada gak jual kuih rengas frozen ni, sekarang jer takde. Dah malas nk mempelbagaikan produk. Sebab takde masa dan tenaga nk buat banyak2. Kalau ada pembantu lain laaa


♥♥♥

11 corat coret:

Watierman berkata...

Ala Dik Norma...tak sukalah ada bau durian....!mencik tau!!!(Siapa yang paksa Akak dtg???????)

Ucu Faridah berkata...

baru semalam mkn dorian..ucu x pernah lagi merasa yg berdurian mcm ck buat tu...mesti sedap ni..
mcm mn nk haneymoon...kalau x disiapkan silap haribulan ucu kena silat dgn org..dah susah..

Sari Yusa Ibrahim berkata...

Salam, Cendana Kasih, suami saya yang paling minat kuih ni tapi saya ada panggilan lain untuk kuih ni, lupa pula namanya.. haish! lupa beno..

Fiza Nordin berkata...

Kuih kasturi kot kak sari yusa ibrahim...
Aku suka gak makan kuih ni tapi tak penah buat sendiri. Selalu beli dah siap tinggal nak ngap je. Tapi pun dah lame aku tak makan....hakikatnye aku kurang minat kacang hijau hihihiii

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam noorma..kuih ni k.atie suka buat tpppp xsuka nk makan.Ada ka?...klu anak2 biras balik kg,suka atie membuatnya sbb depa suka sgt.

rahel berkata...

Suka makan kuih kasturi..tapi tak pernah rasa lagi yg ada durian..mesti sedap ni..

zila 4ever berkata...

salam ck..
kuih kasturi..aduuss sedappp..goreng garing2..mkn kulitnya dulu..he hehe

Nuwairani Ismail berkata...

ini kuih kasturi kan? serius dah lama gile kite x makan ni...tapi tak pernah pulak makan yang perisa durian.mesti sedap

ogyep yummy mellow berkata...

dah lama tak makan kuih rengas ni... teringin lah pulak..

Naz / Nadz COSK berkata...

Wahhhh sedapnya..sedapnya... Kuih rengas yang ada isi durian di dalamnya.. Ishh..petang2 cam ni gi blog orang sungguh mendera perasaan betul. Nak tutup lappy lah lepas ni. Tulah jalan2 blog2 masakan time nak berbuka puasa cam ni le ragamnya. semua yg ditengok terliur dan mengidam...hehehehe

sis intan berkata...

salam ziarah, rasanya lebih kurang kuih keria kot..betul tak? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...