Khamis, 29 Mac 2012

Maggi Goreng

Salam...
CK masak maggi goreng ni utk makan malam. Saja jer..tingin beno nk makan maggi goreng macam kat kedai mamak tu. Tapi kalo ke kedai mamak, tak teringin plak nk order maggi. Kata Jebat, setakat nk makan maggi baik balik rumah jer :(


Saja buat sempoi cenggini, tanpa udang atau ayam (malas nk bukak freezer keluarkan semua binatang tu) Lepas tu makan plak dengan ayam goreng berempah (beli kat pasar malam).... hahaha.... (mula la datang malas tu)

Bahan-bahan
1 bungkus maggi kari
2 ulas bwg putih
1 biji bwg merah
1 sudu besar cili kering kisar
1 biji telur
1/2 biji tomato
1/2 biji tauhu goreng dihiris nipis
Sayur sawi dan taugeh
Kicap sikit
Gula, Garam

Cara-cara
1. Maggie direbus hingga masak dan toskan airnya
2. Tumiskan bwg putih, bawang merah dan cili kisar
3. Bila bau dah naik , masukkan tomato & tauhu goreng & sayur
4. Masukkan telur kemudian hancur2kan, diikuti dengan perencah kari Maggi
5. Bila semua dah sebati bersama , masukkan maggi yg telah direbus td kemudian letak sedikit kicap. Boleh tambah garam kalau kurang masin.
6.Siap



Ok.... sampai sini dulu....


♥♥

3 ulasan:

Zalia berkata...

Megi goreng mmg best klu guna perisa kari. Bau menyengat seluruh rmh. Lg2 bila tumis beg putih dgn cili padi. Hehehe...

blogresipi.com berkata...

Hehe.. tergelak saya baca. Kalau nak makan megi, baik makan kat rumah, hmmm... terkena jugak kat saya ni. kalau ke kedai mamak, yg tu jugak lah nak order. hihi

quinnie berkata...

hahhaha..saya pun jenis rasa rugi kalau nak makan maggie kat kedai..baik beli mee ke kuetiau ke..rega sama gak...hehehhe

lepas tu jenis suka gak beli ayam goreng pasar malam..sampai sekarang tak tau rahsia tepung diarg tu..sedap betul....hehehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...