Salam semua
Meh cuba menu ringkas dan sedap ni. Selalu kalo makan kat kedai tomyam pun, asyik order benda ni jugak. Kali ni buat sendiri. Leh makan sampai lebam... hahahaha....
Dah tak tau masak apa. Bila jalan2 kat FB TryMasak, jumpa plak lauk yang sedap dan ringkas ni. Jadi la ek
Daging Goreng Halia
Bahan-bahan:
1) Daging (200g)
2) Bawang putih (8 ulas)
3) Halia (1 inci)
4) Bawang besar (1/2 biji)
5) Cili merah dipotong nipis (1 biji)
6) Cili padi dibelah dua (6 biji)
7) Kicap (1/2 cawan)
Cara-cara:
Tumbuk halia dan bawang putih hingga lumat. Gaul dengan daging dan kicap. Perap seketika.
Goreng daging. Tambah air supaya daging empuk. Kacau dan tutup kuali hingga kuah hampir kering.
Selepas daging empuk, masukkan bawang besar dan kacau hingga layu. Masukkan cili padi, cili merah, dan tomato jika suka.
Masak seketika dan sedia untuk dihidang.
Ok...sampai sinun dulu yer.....
4 ulasan:
hepi wedding anniversary wat noorma & mrlaling tercinta ye..moga cinta kasih kalian kekal segar selama2nya! kalu nk tambah ahli mmg sgt boleh lagi tu..doc ina dh bg kebenaran..hahaha!
Tang cili api tu yang mengancam jiwa raga.. Nipis betul CK hiris dagingnya tu..
Sedapnya kak CK...fiza punya peberet ni...ni kalau makan nasik panas2 mmg meletops...he he he
Thanks sharing..mesti org nye rajin betul kedapur ni. Salam perkenalan n folow sini jugak. jemput singgah ke blog saya.
Catat Ulasan