Isnin, 4 Februari 2013

Serimuka Kayu Manis

Salam...
Hari ini CK ajak kawan2 breakfast dengan kuih jer laa... kuih faberet CK yang dah lama tak buat/makan. Selalunya CK suka kuih ni yang mana kepalanya (bahagian atas) agak lembik2 sedikit. Dan selalunya kuih ni orang guna perisa pandan kan. Tapi CK suka perisa kayu manis. Lagi harum semerbak baunya.



BAHAN-BAHAN
LAPISAN BAWAH
3 Cawan beras pulut
(cuci dan rendam semalaman)
2 1/2 cawan santan cair
(perahan kedua dari sebiji kelapa)
1 tsp garam

CARA MENYEDIAKAN:-
1. Panaskan kukusan.
2. Toskan pulut dan masukkan ke dalam loyang.
3.Satukan garam dan santan cair. Tuang kedalam pulut separas permukaan pulut.
4. Kukus sehingga pulut masak.
5. Sediakan sebuah loyang lain dan alas dengan plastik. Sapukan sedikit minyak masak.
6. Masukkan pulut dan ratakan sambil menekan pulut sehingga mampat.
7. Taburkan sedikit tepung gandum pada permukaan pulut.
8. Masukkan kedalam kukusan dan tuangkan perlahan-lahan lapisan atas. Tahan adunan batter dengan sudu semasa menuang batter di permukaan pulut.
9. Kukus sehingga masak atau selama lebih kurang 30 minit.
10. Sejukan sebelum dipotong dengan pisau plastik.

BAHAN LAPISAN ATAS
1 1/4 cawan santan pekat.
1 cawan air
4 keping gula merah kabung
1/2 cawan gula pasir
(tinggalkan jika mahu kurang manis)
1 sd kecil serbuk kulit kayu manis 
5 tbsp tepung gandum
3/4 tbsp tepung ubi
4 biji telur

CARA MENYEDIAKAN:
1. Masak gula pasir, gula merah dan daun pandan bersama air sehingga gula larut. Tapis dan sejukkan sebentar.
2. Satukan kedua-dua jenis tepung dan gaul bersama santan dan garam.
3. Tuangkan air gula dan kacau rata.
4. Pecahkan telur dan gaul rata.
5. Tapis dan curahkan ke atas pulut.
Nota: batter boleh juga di pukul dengan mixer atau dikisar di dalam blender supaya rata. Ikatkan kain muslin pada tutup kukusan supaya air tidak menitik.

Pagi2 lagi dah makan pulut, harap tak mengantuk /badan liat macam pulut... hahahaha . Teringat kat kg CK di Sungai Siput tu ada menjual kuih serimuka ni, tp versi bakar. Kuihnya dialas daun pisang dan dibakar. Aduh..harum bau daun pisangnya menyerap masuk ke kuih dan menjadikan kuihnya sedap. Beratur nk membelinya. 


Resipi di atas tu adalah untuk kepala yang biasa (cukup2 elok jer...) tp utk tekak CK hari ni, dilebihkan sikit airnya untuk menjadikannya lembik. Kalau untuk makan sendiri, bolehlah buat kepala lembik begini, tp jika nk dihidangkan pada tetamu janganlah buat kepala lembik ni...tak cantik dipandang plak :)


1 ulasan:

Qhaifa Nur berkata...

sedapnya serimuka...suka bahagian atas yang lembik-lembik macam tuh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...