Rabu, 6 Februari 2013

Siakap Nenas Masam Manis

Salam
Dah siap lauk utk makan tengahari? CK baru siap satu lauk ni haaa... lepas la bagi makan budak2 nk pegi sekolah tadi. Dah lama tak buat sweet and sour ni. Kebetulan beli nenas kat pasar malam ari tu, terus teringat nk masak ni (lepas dah buat masak lemak, jelatah, pajeri, baru teringat menu ni...hahaha) 
Lama jugak tak makan siakap ni, lepas Jebat asyik pulang tangan kosong jer dari memancing. Last2 CK suruh beli jer la siakap kat Tesco. Nk tunggu pancing...ermmm... tak payah laa... entah bila tahun pancing akan mengena...


Resipi macam biasa la, ikut selera CK, guna resipi arwah mak CK. Sempoi dan tak banyak barang dan of kos la sedap. Selalu CK guna ikan bawal, tp kali ni cuba siakap plak. 


Bahan-bahan
~Ikan siakap- digoreng dahulu
~Bawang merah
~Halia
~Cili kering -dikisar
~Sos tomato
~Gula
~Garam
~Serbuk perasa
~Bawang besar-dihiris bulat
~Nenas- dipotong dadu
~Daun sup, dan daun bawang-untuk ditabur

Cara-cara
1.Bawang merah dan halia di tumbuk lumat
2.Tumis bahan ditumbuk hingga naik bau
3.Masukkan cili kering kisar.Goreng hingga garing
4.Masukkan sedikit air kemudian diikuti dengan sos tomato
5.Sesuaikan rasa manis, masam masin dengan menambah gula, garam dan sebuk perasa
6.Biar kuah pekat sikit. Masukkan ikan dan nenas, diikuti dengan bawang besar yang dihiris bulat.
7. Siap, dan bolehlah ditabur dengan daun sup dan daun bawang.


 Alamak...lupa plak nk tabur daun bawang...errmmm...hentam saja laaa...

Suka Irfan makan. Yelah, lauk kegemaran dia kan !!


Ok...sampai sini dulu. Nk buat ayam masak lemak cili padi plak. Untuk dilawankan dengan lauk ni.. kira ok lah kan, warna merah vs warna kuning... hahaha 

5 corat coret:

ogyep yummy mellow berkata...

Salam CK,
ogyep pun ada seekor ikan bawal dalm fridge tu..bolehlah proceed d same juga nanti..

Marsita yahya berkata...

Masak ni jugak semalam tapi ikan bawal hitam

Rohah berkata...

menu kita 2 hari lepas,tapi tak publish lagi..sedapnya ikan ni dimasak begini mmg tak ada tolok bandingnya..

BUNDA a.k.a KN berkata...

sungguh menyelerakan..nyum nyum..

Seneorita Baharin berkata...

wahh sedapnyaaa..thx 4 da recipe... kena try neh.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...