Rabu, 13 Februari 2013

Telur Dadar Bersayur

Salam. 
Biasanya kalau buat telur dadar, CK letak bawang merah dan cili hiris jer, dan kalau terlebih rajin, letak la crab stik dan cheese...tp kali ni pelbagaikan plak isi kandungan telur dadar ni dengan letak aneka sayur. So anak2 boleh skali makan sayur tu.. hahaha...


Ada brocoli, carrot, cendawan, bawang dan cili. Tambah jugak crabstik dan cheese.. ermmm...suka anak2 makan.

Bahan-bahan
3 bj telur
1/2 kotak tauhu lembut-dihancurkan
brocoli- dicincang halus
carrot- disagat halus
bawang merah- hiris
cili merah- hiris
daun sup, daun bawang- hiris halus
cendawan tiram- cincang halus
1 sudu kecil mayonis
1/2 sk Knorr Pasti Sedap
2 batang crabstik- potong kasar2
1 sb cheddar cheese
minyak- untuk menumis

Cara-cara
Pecahkan telur dan satukan semua bahan2 hingga sebati. Tambah garam dan perisa.
Goreng macam biasa.

Kalau CK dah buat telur dadar ni, Jebat mesti request buatkan Sup Siam ataupun tomyam. Konon mcm makan kat kedai lah... (ermmm..kalau kat kedai pun, request telur dadar jugak, mcm takde benda lain nk makan kan !! )



Errrmm...siap satu lauk. Nk sambung masak lauk lain plak

5 corat coret:

nea lopah berkata...

sedapnyer...simple tp penuh dgn khasiat..bole try bt utk anak saya. tq!!

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Wah macam sedapnya telur dadar bersayur ni.. boleh akak cuba ni :D

Amie berkata...

Macam2 ada dalam telur dadar ni... sedap..sedap!

Gee® berkata...

Kalau dpt telor dadar mcm ni mmg cepat kenyangnya...

Rohah berkata...

memang sedap sgt kalau telur dadar sarat sayur macam ni,tapi tu lah, anak2 susah btul nak jamahnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...