Selasa, 1 November 2011

Rojak Tauhu

Salam...
Makanan ni mmg menjadi kegemaran CK sejak dua menjak ni. Kenyang, sihat dan mudah. CK suka buat tauhu ni bila bang Jebat tak balik makan tengahari.  Untuk anak2, megi goreng sedap dah sedia menanti. Diorang mmg tunggu peluang jer untuk makan megi goreng tu. Haahaha... hari ni dapat rilex sikit !!



Rojak Tauhu
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
-2 keping tauhu -digoreng dan dipotong
-1 batang tauhu telur - dipotond dan digoreng
-sedikit timun-diracik
-sedikit taugeh- dicelur sekejap

Bahan sos
-3 biji cili padi (terpulang kepada kepedasan)
-1 ulas bawang putih kecil
-1 sudu besar kacang tanah tumbuk
-sedikit kicap
-bijan -untuk ditabur

Cara-cara

Mula-mula kita buat sos dulu. Tumbuk cili padi dengan bawang putih hingga lumat. Masukkan kicap dan gaul rata. Boleh tambah sedikit garam jika suka. (kalau agak kering, boleh tambah sedikit air masak)

Ok.. dh siap sos, masukkan tauhu dan tauhu telur yang digoreng dalam pinggan. Letakkan skali taugeh dan timun. Curahkan sos dan tabur kacang tanah dan bijan. Siap.... dan boleh dimakan.


Errmm... jom makan !!!



8 corat coret:

mala berkata...

kalau makan ni mmg tak makan nasi dah

cikmanggis berkata...

satu lagi menu sihat dan sedap ni:)

norlieharumaini berkata...

sedapnya...

cik cek berkata...

Kak cek suka...kak cek suka...bak sepiring...kak cek nak rasa...:D

Deq's Qienz berkata...

wahhh sedap nih..kite rasa dulu ms kite gi melaka..smpy arini ingat lagikkk..huhuu

Liza berkata...

mmg sedap ni..tergoda liza tgk...

Yana Shaiful berkata...

sukanya kita tauhu..jd rojak plak..nk bt jgk lah :=)

nuwairani ismail berkata...

dah penah try resepi ni hari tu...nak try buat lagi sebab sedap sgt!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...