Rabu, 30 November 2011

Meatball Spaghetti

Salam Rabu... hari ni CK sendiri yang teringin nk makan spegheti ala2 Ikea gitew... tak lama dulu nampak kat blog kak Ct Delima...ermmm...sedap sungguh...tak tertahan nk membuatnya.


Meatballs in Tomato Sauce

Resipi : Ijan Blogresipi

Bahan untuk meatballs:

500 gm daging lembu kisar
1/2 teaspoon serbuk jintan manis
1/2 teaspoon serbuk ketumbar
1/2 teaspoon serbuk cili
2 genggam breadcrumbs
1 telur -kite tak letak
1 tablespoon daun oregano kering/fresh
1 tablespoon daun rosemarry dicincang
garam secukup rasa
1 teaspoon serbuk blackpepper

Bahan untuk tomato sos:
1 tin tomato cincang
1 biji bawang besar di cincang
1 bawang putih dicincang
1 teaspoon daun oregano kering
garam secukup rasa

Bahan untuk dibakar:
mozarella cheese
grated parmesan

Cara penyediaan meatballs:
Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentuk2 kan meatballs sebesar bola ping-pong sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (guna dlm 5 camca besar) dan goreng semua meatballs sekaligus. Goreng lebih kurang 5 minit sehingga rata disemua bahagian.

Cara penyediaan sos tomato:
Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato, oregano dan garam. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tutup api.

Cara penyediaan akhir:

Pindahkan sos tomato ke dalam bekas yang sesuai untuk di masukkan dalam oven. Susun meatballs di dalam sos tomato tersebut dan taburkan mozarella dan grated parmesan cheese di atasnya. Bakar pada suhu 220'C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas nya bewarna kekuningan.


Hari ni dh 30hb kan...so hari ni tak buat kuih2 frozen, cis tart mahupun apam polkadot.... CK jadi accountant plak hari ni...kena tutup akaun.... hahahaha.....


Sedap... anak2 suka makan, si Rayyan makan sampai comot muka. Dan si debab Irfan siap tanya berkali-kali, "ada lagi tak mama" ... dan "kejap lagi boleh makan lagi tak mama?"

Bagi CK? ermmm...sedap...tp kalo nk buat len kali, CK akan cuba lembutkan lagi bebola daging tu. Yang ni pejal sangat (tp bukan keras) Mungkin akan datang kena letak lebih telur atau breadcrumb....ke ada kengkawan yang boleh bantu??


6 corat coret:

Sue @ Nenie berkata...

Salam ..Wahhhh sedapnya speggeti...selalu sue guna sos prego jeee..len kali boleh cuba cara homemade ni

KakAsma berkata...

semalam akak buat lasagna..tengok speghetti ni terliur pulak..adehhh kena cari daging lagi nih..

Qhaifa Nur berkata...

suka gaul buttercup dalam speggeti, harumnya...

cik cek berkata...

CK...mesti sedap ni kan...gabungan rasa herba kita ngan herba rosemery dan oregano mesti serasi kan...leh cuba nanti...:)

Nieza berkata...

sedapnya! like byk kali:)

INA berkata...

CK...ada lagi x?..hihihi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...