Rabu, 9 November 2011

Nasi Himpit Goreng

Salam...

Dah breakfast??

Hari ni CK buat nasi himpit goreng untuk sarapan. Masa raya ari tu, sengaja CK simpan 4-5 biji ketupat nasi, semata-mata nk masak juadah ni. Tingin sangat.

Errmm... sedap. Sapa yang suka makan fried carrot cake tu, sure suka menda ni.. alah, sama mcm kuetiau goreng la jugak, tp ni versi nasi himpit.

CK masak sama macam buat mee goreng/kuetiau goreng tu jugak. Dan kali ini lebih express(cepat) sbb CK gunakan sos/kicap mee goreng. Senang, cuma tumis bawang putih dan cili kering kisar. Pastu masukkan ayam, udang, dan segala jenis fishball, fishkek.
Pecahkan telur sebijik. Masukkan nasi himpit yang telah dipotong kecil2. Kacau rata. Masukkan kicap mee secukup rasa dan cukup elok hitam...hehehe... Kicap ni tak payah letak garam dan ajinomoto dah. Sume dah cukup.
Akhir sekali, masukkan taugeh dan kubis. Nk guna sayur lain pun boleh. Kacau rata dan siap. Boleh tabur dengan bawang goreng, cili merah hiris, daun sup dan daun bawang.



Errmm...pertama kali masak respi baru. Sedap jugak... Lepas ni boleh cuba lagi..

Kalo ada lebihan nasi himpit tu, janganlah dibuang. Meh cuba respi ni.



10 corat coret:

mala berkata...

hah! nak try ... ketupat nasi satu tupperware ada dalam firdge!

Rabiatun Adawyah berkata...

sedapnyer..tp belum pernah mencuba lai ni..hihi

Liza berkata...

Salam Ck...resepi baru ni, nnt Liza pun nk try jugak la..

KuNanGKuNanG berkata...

kat rumah ada 4 bungkus lg ketupit mini, si leh la wat masakan ni mlm ni..:)

Qhaifa Nur berkata...

wah..wah istimewa ni, lain benor sangat...gerenti sedappp

Kerull berkata...

Salam CK..lama dah tgk orang duk goreng nasi impit ni..kena try ni baru tahu rasanya persis macamana ye..hu hu mmg mengliurkan aku..hu hu

Ida,Japan berkata...

jln2 sini dan follow..sedapnyer CK

quinnie berkata...

saya pun ada lebihan nasi impit..nak cuba la buat goreng ni..tak pernah cuba lagi sebenarnya....:)

norlieharumaini berkata...

AMBOI NAMPAK MENARIKNYA....

Chik Mimi berkata...

amboi dik mengancam abis hhaha,sedapkan nasi impit goreng ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...