Isnin, 1 Oktober 2012

Sup Kaki Ayam Pedas ..bestnyer !!!

Salam 
Dulu2 CK tak brapa pandai makan kaki ayam. Kalau guna pun, sekadar masukkan dalam sup untuk dapatkan stok...kemudian akan dibuang... Tapi skang ni barulah CK tau yang kaki ayam ni banyak khasiatnyer. Selain mencegah reput tulang, kaki ayam juga mengandungi kolagen yang bagus untuk kulit. Maklumat lanjut boleh baca kat blog Mas ni yer


Terima kasih buat Mas dan ibunya yang sudi berkongsi resipi.Disebabkan CK sorang jer yang makan kaki ayam kat rumah ni, so buat 6 ketul dulu. Kuahnya tak buat banyak, sekadar nk cicah2 jer...apapun ia SEDAP !!!. CK suka rasanya yang pedas2 tu.. ermmm...nampak gayanya boleh buat lagi lepas ni.

Sup Kaki Ayam Pedas
Sumber : MasDuniaku
Bahan :
12 ketul kaki ayam 
5 biji cili kering ikut pedas - potong 2 jerk
halia - potong nipis2
2 ulas bawang putih - tak payah kopek kulit - basuh bersih
2 sudu besar sos lada hitam ( klu x de, sos tiram + lada hitam yg ditumbuk )
1/2 kiub ikan bilis
sedikip kicap lemak manis
garam jika perlu
air tepung jagung secukupnya

Caranya :
Basuh bersih2 kaki ayam. Mas rendam kejap ngan cuka kurma dan bilas sebersihnya, boleh juga guna tepung (CK perap dengan asam limau)
Ambik towel bersih @ kitchen towel, lap kaki ayam tu hingga kering, ini untuk mengelak kaki ayam meletup masa proses menggoreng nanti.
Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan kaki ayam tadi, tutup periuk dan biar kaki ayam tergoreng hingga kaki ayam nampak cokelet2 sikit, tutup api dan biarkan kaki ayam tu, terus jerk tuang minyak kebekas minyak.
Kemudian masukkan air panas kedalam periuk yang ada kaki ayam tadi, agak2 tenggelam kaki ayam tu.
Masukkan juga cili kering, halia, bawang putih, sos lada hitam ( @ sos tiram dan lada hitam ditumbuk ) dan kiub ikan bilis. 
Masak dengan api perlahan hingga kaki ayam lembut.
Kemudian masukkan sedikit kicap lemak manis dan rasa, jika ok, masukkan bancuhan air tepung jagung dan kacau, kepekatan kuah bergantung pada selera masing2 yerk....
Tutup api dan boleh dihidangkan.

Tak sempat nk tunggu sejuk, dah dibelasah dulu....ratah macam tu jer.... nyesal plak tak buat banyak...


Best tawwww respi ni...cubalah !!!

♥♥♥

4 ulasan:

mala berkata...

kaki ayam la part yg paling best hehehe kat sini tak jumpa la kaki ayam.

masa kat brunei dulu ada member arab terjerit2 dia tengok kami ramai2 makan kaki ayam hahaha

Amie berkata...

Nak belajar makan kaki ayam juga... nak awet juga he he he heh

Mas berkata...

TQ kak sudi mencuba....
Alhamdulillah akak suka...
sedappp kan kaki ayam..
mas memang gemar sangat..
asyik klu dapat ratah gitu2 jerk...

zila norazila berkata...

kaki ayam nie mmg sinonim n family zila..klu ada majlis yassin kt umh mak..bahagian kaki2 tue kami wt sup..mmg sedap :)masak apa2 pun sedap.:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...