Selasa, 16 Oktober 2012

Kaki Ayam Masak Kicap Chinese Style

Salam

Kaki ayam lagi? hehehe... sumber kolagen kan. Makan banyak2 pun takpe...hehe


Resipi dari kak Gee..TQ akak...Respi lebih kurang dengan Mas punyer, cuma tambah bahan penumis spt bunga lawang + kulit kayu manis. Apapun, rasa tetap mantop

BAHANNYA:
7 pasang kaki ayam
½ cawan kicap manis 

 7 biji cendawan kering (direndam)
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 sudu sos tiram *
3 bunga lawang
1 kayu manis
1 chicken cube
2 mangkuk air



CARA:
Bersihkan kaki ayam dan potong hujung jari2nya. Lap dengan kitchen towel atau towel yang kering dan bersih. Kemudian perap dengan ½ cawan kicap manis selama lebih kurang 1 jam.

Cendawan kering direndam dalam air paip selama 1 jam atau hingga lembut.

Setelah 1 jam kaki ayam diperap, panaskan minyak dalam kuali. Minyak perlu banyak dan kaki ayam harus direndam dalam minyak ketika menggoreng. Hati2 ketika menggoreng. Setelah kaki ayam ¾ garing, keluarkan dan rendam dalam air sejuk kira-kira selama ½ jam.

Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris hingga wangi dalam periuk. Kemudian masukkan bunga lawang dan kayu manis. Masukkan juga ½ cawan kicap manis, 2 sudu sos tiram, chicken cube dan 2  mangkuk air. Sebaik sahaja mendidih, masukkan kaki ayam yang telah digoreng. Perlahankan api dan rendidih sehingga kaki ayam betul2 lembut. Kemudian masukkan cendawan dan masak lagi selama kira-kira 20 minit.

Tambah sedikit lagi air jika tidak cukup. Air atau kuah harus menutupi paras kaki ayam dan cendawan. Apabila sudah puas hati kaki ayam sudah lembut, rasa. Kemudian campurkan 2 sudu kecik tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam masakan. besakan api dan kacau pantas2 sehingga kuahnya pekat.

Kalau perlu, tambah sedikit kicap cair sebagai pelengkap rasa seandainya tidak cukup masin. Padam api dan hiskan dengan hirisan cili hidup dan daun bawang. Titiskan sedikit minyak bijan, kalau suka.

Selain kaki ayam, boleh digunakan kaedah sama jika menggunakan kepak ayam.

 

Ok...sampai sini dulu. Nak ratah kaki ayam jap...hehehe

6 ulasan:

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

assalam...
waaaa.. kaki ayam feberet saya.. lagi2 kalau yg dimasak sampai mcm nak tercabut kulitnya tu memang besttt!! hehee.. kat rumah sy sorang je yg suka.. suami & anak2 awal2 memang reject terus kaki ayam ni.. haha...

anis berkata...

mcm teringin nak masak klu tak silap ada org kata kaki ayam masak kaichuk. hari tu baru masak sup ala2 kuah soto kaki ayam ni.

QA's ~ mamapapa berkata...

haaa..sedap ni..dapat idea utk msk mlm ni :)

Unknown berkata...

Wah......fu sedap nye.

moicai berkata...

Nk mamla.sdp

^ EyFfyra ^ berkata...

Nk try bt ari ni..hehe..fav ank2 n hubby..msti sdp ni..tq fren..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...