Jumaat, 28 September 2012

Limas

Salam...

Ni kuih kegemaran CK sejak kecil sampai la ni... kalau jumpa kat mana2 pun, mesti beli, sedap atau tidak belakang cerita...


Selalu CK buat dalam bekas plastik kecil2 tu, tp kali ini dalam daun pisang la plak...fuh..punyalah tragis nk buat sampan2 tu...ni jer yang senonoh sikit kejadian...so boleh la snap gambar...yang lain tu bukan rupa sampan lagi, dah macam tongkang pecah...hahaha...

Bahan A (lapisan bawah-hijau)
-1 cawan tepung beras
-1 cawan air daun pandan (boleh gak guna pandan emulco)
-4 cawan air
-1 sudu besar air kapur makan
-1 cawan gula
- sedikit pewarna hijau

Bahan B
-1/2 cawan tepung gandum
-1/2 cawan tepung beras
-1 cawan santan pekat
-1 cawan santan cair
-3 setengah cawan air
-sedikit garam

Cara-cara
Sebatikan semua bahan-bahan A. Kacau atas api sederhana hingga pekat
Begitu juga dengan bahan B. Dalam kuali lain, kacau bahan B hingga pekat.
Sediakan bekas plastik yang secukupnya
Letak 1 sudu kecil gula pasir ke dalam setiap bekas plastik
Masukkan 2 sudu besar bahan A yang sudah dimasak tadi.Kemudian 2 sudu besar bahan B
Buat sehingga habis semua adunan
Kukus kuih selama 20 minit. Siap !!


Erm...nk rasa??


♥ ♥ ♥

6 ulasan:

Marsita Yahya berkata...

Salam kenal, ini mmg feveret kami sekeluarga..
http://my-mintroom.blogspot.com

rahel berkata...

Nak jugak...tapi yg dalam kotak yer..tak nak yg mcm sampan pecah...kihkihkih...

mala berkata...

bulan puasa saja la selalu jumpa kuih ni ..

Amie berkata...

Sedapnya... CK, ini kira macam tepung pelita ye, suka beli di pasar sebab suka makan tapi tak pandai buat walaupun dah cuba beberapa kali... he he heh nak buat bungkusannya tu, tak tahu nak cakap rupa apa kalau kita buat!

Mas berkata...

sedapnya limas...
lama dah mas tak buat...

Chik Mimi berkata...

Adoi cumei ar sampannya tu ,akak buat jugak last week untuk kenduri tahlil idak ler mengukus sebb kacaunya sampai masak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...