Khamis, 20 September 2012

Soto Makasar

Salam...

Hari ni CK mencuba makanan orang Sabah plak iaitu Soto Makasar. First time makan masa open house rumah jiran minggu lepas. Ermm...sedap la plak. Dan hari ini CK buat la sendiri plak. Mana la tau, kot2 berjaya menambat hati si Jebat dan boleh buat untuk hari raya nanti
 

Tanya2 respi dan google kat internet, akhirnya jumpa respi ni. Daripada Naib Juara Masterchef musim pertama, Wahidan. Resipinya menggunakan lidah lembu, tp CK gantikan dengan hirisan daging dan perut lembu (babat)- ni seperti yang CK makan di rumah kawan ari tu. Sebenarnya Soto Makasar ni menggunakan organ dalaman lembu. So sukati ler yang letak bahagian mana.

Soto Makasar
dicuba masak oleh  Cendanakasih

Bahan-bahan :
  • Daging dan perut lembu - rebus hingga empuk dan hiris. (simpan air rebusan)
  • Rempah 4 Sekawan
  • 2 labu Bawang Besar (dihiris)
  • 100gm Kacang Tanah
  • 50gm Halia (dihiris)
  • 30gm Lengkuas (dihiris)
  • 1 batang Serai (dititik)
  • 2 sudu teh Serbuk Ketumbar
  • 1 paket Maggi Cukup Rasa

Cara-cara :


  • Sangai kacang tanah selama 15 minit dan kisarkan. Selepas itu, tapiskan supaya halus.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, halia dan lengkuas sehingga naik bau wangi.
  • Selepas itu, masukkan rempah 4 secawan, serbuk ketumbar dan ahkir sekali serai.
  • Gaul sehingga keperangan dan masukkan air rebusan daging tadi.  Biarkan masak sampai mendidih.
  • Kemudian masukkan daging+perut lembu tadi  ke dalam bahan tumisan tadi. Gaul sehingga sebati.
  • Perasakan bersama garam, gula, lada hitam dan akhir sekali Maggi Cukup Rasa.

Sambal
2 biji cili merah( ditumbuk kasar)
5 biji cili padi (ditumbuk kasar)
110 gm taucu
minyak untuk menumis
50 ml air
gula secukup rasa


Bahan pelengkap
Nasi impit
Daun bawang
bawang goreng
limau nipis

boleh copy resipi di CK Food yer... klik sini

 Kuah soto makasar ni mmg berwarna putih. Rupa tak cantik, tp rasa ummphh !!!

Dah nama pun soto, tentulah dihidangkan bersama nasi himpit

Sekali rasa, hati dah terpikat...(mungkin sebab CK ni peminat babat (perut) kot.. )


♥ ♥ ♥


4 ulasan:

KuNanGKuNanG berkata...

sekali pandang kuah tu cam kuah laksam. sabtu ni gi sabah so harap2 dapat rase soto ni..:)

Amie berkata...

Kalau kena dengan orangnya dan selera juga... memang sedap soto ni CK, biasanya (pemilik asal resepi ni kaum Bugis), soto makasar dimakan bersama buras, tapi saya pun kalau buat soto begini makan dengan nasi himpit!

Nadz Nazharzan berkata...

Assallamualaikum CK..

Eh, kuahnya tu cam bersantan lak..heheheee..Cam best jer..

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

Assalam
tak penah makn lg nih, kuahnya macam sedap je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...