Salam...apa khabar semua !!
Minggu ni CK mmg sibuk tahap maksima. Full order. Meh kita jamu mata tengok mende2 yang CK buat.
Ok...bermula hari Isnin, CK terima tempahan apam polkadot. Satu untuk majlis makan2 di UPM, dengan tema hitam putih.
Ni plak tempahan dari Kak Jamiah Putrajaya, sebagai goodies pek untuk majlis hari raya kat opis dia. Tema biru turkoise (eh..betul ke ejaan tekois ni, macam turtle pun ada....hehehe) Siap letak dalam kotak beso, senang nk mengangkut
Ni tempahan Pavlova dari regular customer CK, adik Yun dari UPM. Alhamdulillah...dapat feed back yang baik dari dia selepas makan.
Dan hari Rabu plak, CK terima tempahan roti jala dari kawan sekampung CK, Puan Fauziah di Putrajaya. Dia order 200bj roti jala bersama kari ayam, Untuk rumah terbuka Aidilfitri...sempat gak CK beraya dirumah dia yang cantik ala2 Inggeris tu....
Dan hari Khamis plak, CK siapkan tempahan dari kawan CK di UM untuk Majlis Hari Raya di Jabatan Pengajian Media. Terima kasih buat Dr. Siti Ezaleila Mustafa. Namun tuan yang mengorder tak sempat nk rasa. Cian....takpe, lain kali order banyak2 lagi yer.... hehehe.... Dr Siti juga mengorder 10 pie ayam, tapi CK tak sempat nk ambik gambar, keluar jer oven, terus masuk kotak, dan mat despes CK pun terus memecut moto nyer.... hehehe.....
Dan...penutup tempahan pada hari Jumaat, CK siapkan plak tempahan dari kawan satu taman ni, 200 pcs cheese tart dari Puan Ida Suzana. Katanya nk bawak balik kampung untuk kenduri kahwin. Siap pesan suruh buat cantik2....hehehe.... ini jer la yang mampu dihasilkan oleh tangan CK yang keras ni :(
Selain cheese tart, Ida juga mengorder 10 bj pie ayam dan 10 bj pie epal. Untuk makan2 family katanya
Pie epal yang baru keluar dari oven dan terus masuk kotak....pastu terus deliveri panas2....
Dan...terakhir, 2 biji budget choc cake, order dari regular kastemer CK merangkap jiran satu taman... Yan, untuk majlis makan2 hari raya kawan2 ofisnyer hari ni. Ck hantar petang semalam jugak, sbb kalo hantar pagi ni, kek masih panas2 dan tak brapa sedap. Kek coklat ni elok disimpan semalam agar rasanyer lebih moist dan terasa kecoklatannyer :)
Ok lah...hari ni CK boleh la berehat sambil layan movie kat tv...tak mo masak ler....nk rilex jer....petangnya nk pegi open house dan bawak anak2 jalan2 kat taman...lepas tu makan2 , jalan2 KLCC...ronda2....hahaha.....
BYE !!!! ♥ ♥ ♥
4 ulasan:
wah! masyuk tu .. hehehe best la ronda2 KLCC!
syukur alhamdulillah bisnes makin maju ye noorma..hehe! muaaaah!
terima tempahan tak untuk 6/10?
Nak order cheese tart dan apam polkodot.
@Intan ~ Nur Azlina
insyaalah boleh...akak dah reply kat FB
Catat Ulasan