Ahad, 23 September 2012

Rendang Ayam Hijau Kuning

Salam hujung minggu.

Hari ini CK merendang la plak. Dan kali ini rendangnya spesel sikit sebab berwarna kuning kehijauan.  Rendang yang penuh nostalgia bagi CK sebab arwah mak CK selalu masak bersama burung ruak-ruak. Ermm...sedapnyer.. Tapi kat KL ni mana nk cari burung ruak2 kan.. burung puyuh pun payah nk jumpa. Kengkadang tu, yang frozen pun cepat habis. Dan..CK guna jer la ayam bando. Kalo ayam kampung mungkin sedap la kot...tp CK mmg tak makan ayam kampung :( teringat kenangan bersama ayam2 yang pernah CK bela...so kalo makan ayam kampung, macam makan member sendiri la plak...hahaha

 Rendang ini tidak menggunakan kerisik dan hanya menggunakan cili padi hijau untuk menaikkan  warna kehijauan. Kalau ikut cara kampung, santan pekat tadi dimasak hingga naik minyak kemudian barulah ditumis bahan2 yang dikisar. Kemudian, tambah lagi dengan santan ..Masak hingga betul2 pekat melekat....barulah rendang ini benar2 sedap.

Bahannya
* 1 ekor ayam di belah/bersikan-toskan airnya
* 3 batang serai*
* 6 ulas bwg merah*
* 6 ulas bwg putih*
* 1 inci halia*
* 1/2 inci kunyit hidup*
* 1/2 inci lengkuas*
**12 biji cili api siam*(terpulang kepada kepedasan masing2)
* 1 cawan santan pekat
* 2 keping asam keping
* 2 helai daun kunyit- dihiris halus
* Garam, gula, perasa
* 1 batang serai- diketuk
* 1/2 senduk minyak masak

Cara2:
Kisar semua bhn yg betanda *
Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing
Masukan santan pekat dan serai yang diketuk, kacau lagi
Terus masukan ayam yg telah di tos tadi gaul sebati
Masukan asam keping , garam, perasa
Masak hingga kuah pekat dan akhir sekali tabur daun kunyit yang dihiris

Dalam kuali lagi...baru lepas tutup api

Jeng jeng jeng...dh siap hidang.... kita makan dengan nasi himpit


♥♥♥

7 corat coret:

mala berkata...

dah lama tak masak ni ... tak brapa kena dgn tekak hubby :)

Sheila Shafeareen berkata...

salam segala rendang akk suka...kat rmh ni pun x ada panrang nya semua mkn..npak sdp tu..minggat minggu dpn nak cuba lah...lg pedas lg kawww kawww

HomeKreation berkata...

Salam Noorma. Sama lak menu kita tapi Along buat versi berempah + kerisik pula kali ni. mmg best sbb harum cili fresh kan. Along guna cili hijau sbb kwn2 bebudak ni tak makan pedas.

nur easy berkata...

Mesti sdp mkn dgn nasi panas2 ni :-)

azian berkata...

Mah, awak tu masak apa pun sedap...anto sini sepiring...cecah dgn nasi impit, sedap...

izahdaut berkata...

kalau rendang pure memang tak de tumis2 kan, mmg minyak tu dtg dari santan pekat tu kan.. haishh sedapnya.. burung kuak tu burung yang berjalan tak reti terbang tu ke kak? kiki aku tak tau la burung2 ni..

ni boleh bagi nama rendang kedah jugak neh, sbb hijau kuning. hehehhee..

ayus halim berkata...

sedapnya harus cuba:)
tqvm for sharing:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...