Rabu, 8 Februari 2012

Serunding Daging

Salam
Hari ni CK cuti... hehehe... rilex la kejap kan. Dan hari ni CK merajinkan diri masak juadah kegemaran arwah ibu dan juga makanan kegemaran kami sekeluarga. Serunding daging ni mmg la leceh nk membuatnya, tp bila makan sedap jer dan sekejap jer bleh habis.

Ni resipi yang selalu CK buat. CK lebih suka serunding yang manis2 rasanya. Dan isinya plak takde la halus mulus. Kalau digigit masih terasa dagingnya.

Serunding Daging
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
1 kilo daging- direbus hingga empuk dan siat

Bahan kisar
4-5 batang serai-dihiris nipis
2 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
15 biji cili kering- dibuang biji dan rebus dahulu
1 inci kunyit hidup (boleh ganti dengan kunyit serbuk)

Bahan disangar kering dan dikisar halus
2 sudu makan biji ketumbar
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih

Bahan lain
1 cawan kelapa parut
santan dari 1 biji kelapa
2 sudu makan kerisik
3 sudu makan gula perang
2 sudu makan gula pasir (boleh sesuaikan rasa manis ni)
garam, perisa secukupnya

Cara-cara
Dalam kuali,satukan semua bahan-bahan.
Masak hingga kering




CK suka makan serunding ni dengan roti putih. Tapi mr Jebat suka makan dengan nasi putih ataupun nasi himpit. Kalau rajin sikit, jap lagi CK rebuslah ketupat nasi tu


Ni kalo makan dengan lontong mesti sedap kan !!!




5 corat coret:

Qhaifa Nur berkata...

makan dengan roti sure sedappp...

cik cek berkata...

Rajinnya adik akak ni buat serunding...penah buat lama dulu...tula sekali buat pas tu tak penah buat lagi...he he...ntah bila dtg serunya lagi ...:)

Cik FaRiZaM berkata...

serunding ikan pon sedap; slalu kalau balik kampung slalu beli je.hehe

Cekgu Maz berkata...

buat sahur nie best...hihi

shahila berkata...

Sedapnye....mintak sikit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...