Jumaat, 17 Februari 2012

Mëë Bandung

Salam..

Meh jamu mata dengan Mee Bandung yang marbeles ni. Rugi kalau tak cuba. Ni cubaan pertama CK masak mee bandung sendiri. Sebelum ni beli jer perencah Mee Bandung Adabi tu. TQ untuk penyumbang resipi Sabrina, dan Madihaa.


MEE BANDUNG

Bahan-bahan untuk kuah:
Utk dimesin
5 ~ 6 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
10 tangkai cili kering ~ dipotong & rebus hingga lembut
segenggam kacang tanah ~ digoreng dan dimesin halus
1 paket udang kering (2 1/2 sudu besar) ~ dimesin bersama kacang tanah
300 gram daging ~ potong nipis
4 biji telur
2 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
Sedikit minyak masak ~ utk menumis
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula
air secukupnya
1 ikat sawi ~ dicelur
2 helai daun kubis ~ tak letak
4 batang jagung muda ~ tak letak
2 bungkus mee kuning ~ dicelur
limau kasturi ~ optional
daun sup ~ optional
tauhu goreng ~ optional
bawang goreng ~ optional

Bahan-bahan untuk cili jeruk
3 tangkai cili merah ~ dihiris tebal
3 tangkai cili hijau ~ dihiris tebal
sedikit air panas
1 sudu cuka
sedikit garam

Cara2.
1. Sediakan dahulu cili jeruk dengan mencampurkan semua bahan2nya & biarkan cili terendam dengan bekas yang bertutup.
2. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya.
3. Masukkan 3 mangkuk air bersama daging
4. Setelah daging empuk, masukkan pula kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi.
5. Setelah beberapa minit, masukkan sos cili, sos tomato, garam gula secukup rasa.
6. Kacau rata semua bahan dan kemudian keluarkan daging dari periuk.
7. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk. Biarkan sehingga telur masak.
8. Setelah telur masak, masukkan kembali daging yang dikeluarkan tadi.
9. Setelah siap semuanya, boleh lah dihidang dengan mee, sayur sawi dan juga cili jeruk.


Alaaa...ada kurang la plak, takde bawang goreng..malas dah nak keluar ke kedai dikala panas membahang ni...baik jer la CK layan tv citer hindustan..♫ lalala..♫





6 ulasan:

mala berkata...

Sepinggan boleh? Cili jeruk lebih ya :-) puas mkn mee bandung masa dibrunei sbb ramai member org johor. Setiap kali gathering mesti ada mee bandung dan soto.

Cendana Kasih berkata...

kita boh dalam mangkuk bleh?? kalo pinggan, takleh letak kuah banyak2...hehehe....

::Azura Rahman:: berkata...

sedapnyer... kalau zura makan jawabnyer kering kontang kuah tu zura hirup... hihihi..

*jom join > http://azurarahman.blogspot.com/2012/02/shahputra-team-bulding-2012-my-1st.html

Zalia berkata...

pheewwiiittt kak noor... tang cili jeruk tu x bleh blah... hehehe... I LIKE :)

INA berkata...

CK...mee bandung semangkuk..kuah kasi lebih ye..hehehehe...

Melly Octaviana berkata...

Melly suka makan mee bandung tapi tak pernah buat sendiri,selalu nya beli kat kedai..hmm lain kali mesti cuba recipe ini.. slurrp

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...