Ahad, 26 Februari 2012

Bubur Chacha

Salam..

Meh minum petang dengan bubur chacha. Dan lama nk makan, tp disebabkan mood rajin belum datang, so peram ler si tepung chacha tu dulu... dan semalam, masa ke tesco dapat la beli keledek oren dan labu. Mmg dah tak tahan nk buat gak hari ni.... ㋡


Cara CK buat bubur chacha?

Memula, CK rendam dulu tepung chacha tu dalam air sejuk (kira2 setengah jam) biar lembut sikit. Cepat sikit nk rebus. Kemudian rebus tiga suku masak (errr...bukan setengah masak yer, tiga suku...hahaha...faham ke?? kira2 dah nk hampir lembut ler tepung tu...)

Pastu toskan tepung chacha tadi. Ketepikan

Masukkan air lagi dalam periuk, dan rebus plak keledek. Biar keledek setengah masak, dan masuk plak labu. Biar semua empuk, dan bolehlah masukkan santan, daun pandan,gula, dan tepung chacha tadi (kali ni CK guna gula putih jer...takmo warna coklat. Tambah gak secubit garam untuk membangkitkan rasa lemak.

Biar kuah mendidih sekejap, rasa dan bolehlah tutup api.

Opsss...CK lupa plak nk letak sagu mata ikan...agh...takpe la kan!!! 


Chacha yang dibeli ni macam tak berkualiti jer..mana tidaknye, lepas rebus jer, sume warna yang pudar. Kalo buat sendiri, warnanya kekal cerah dan berseri... (eleh...boleh ler cakap...kalo dah malas, pakai jer chacha yang beli...tak gitu? hahaha)

Jom minum petang !!!






4 corat coret:

mala berkata...

aik! musim cha-cha ke ni? rmh chikmi pun chacha :-)

Kiera Zainal berkata...

Aduh sedapnye. Kecur macam ni. makan makan makan yummy !

Chik Mimi berkata...

akak pun guna cha cha instant kaler mmg tak menarik kan ,ooo norma + labu ye akak tak pernah try lagi

Naz / Nadz COSK berkata...

Assallamualaikum Noorma..
Sorang lagi tayang bubur cha cha.. Bila la tepung cha2 Naz nak dimasak kat rumah ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...