Khamis, 12 November 2009

Slice Cheese Kek

Salam sume

Ni projek malam tadi. Dah lama nk buat, tapi asyik tertangguh jer. Dan malam tadi, terlaksanalah jugak. Sebabnyer, malam tadi takde rancangan menarik kat tv. So boleh ler buat kek. (hanya malam rabu jer aku free, malam itulah aku nk pegi pasar ker, Giant ker, atau ronda2 ngan family. Kalo malam lain, rancangan kat tv best2, takleh terlepas.....he,he...)


Resepi sapa lagi kan...kalo bukan dari Cik Rose di Tokyo nun.... thanks Rose! sori ler, kulit kek ni tak brapa brown, sebabnyer kalo buat brown nanti, anak2 cakap kek mama mcm kulit papa...he,he..... (kes mengata kulit lakiku yg hitam...)

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )
>4-5 keping slice cheese
>200 ml susu segar
>70 gram butter atau marjerin
>70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
>70 gram gula
>4 biji telur saiz M (aku guna 2 biji telur saiz AA)
>beberapa titik esen vanila

Cara-cara
>>potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
>>masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
>>asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
>>didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
>>akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
>>bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.


* ada gak versi cup cake (ni sbb dh tak muat adunan...) nest time nk wat versi pandan mcm Hana plak....



3 ulasan:

Sheila Shafeareen berkata...

salam hai nooma mcm best je resepini nak try lahhhh buat for raya haji nnt biasalah raya x de buat biskut...kalau rajin baru lah buat

Azura Suhaimi berkata...

kak noorma, peberet zura ni kak, dh buat byk kali kek nih & mcm2 versi hehehe sedap kan kak :)/

indahhouse berkata...

Salam kak Noorma,
cheese cake! nak, nak.. nampak gebush dan lembut. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...