Isnin, 16 November 2009

Hati Sambal Pengantin

Inilah antara lauk hari ni, selain lauk nenas kat bawah tu. Tapi kami idak ler makan ngan nasi minyak atau nasi biryani. Malas plak nk masak nasi tu.




Apasal namanyer Hati Sambal Pengantin?? sebanyer lauk ni selalu dimasak untuk buat lauk pengantin... yelah kan, kat kampung, kalo kenduri nk sambut menantu, sekor lembu mesti tumbang punya..so boleh ler amik hati tu wat lauk pengantin. Kalo kat Melaka, sekurang2nyer 2 ekor lembu. Sekor lembu tu khas untuk sedara2 bawak balik daging mentah jer...ada ke patut...

Bahan-bahan

>200 gm hati lembu-dibersihkan dan dipotong
>1 biji bawag besar*
>3 ulas bawang putih*
>1 inci halia*
(semua bahan2 * ditumbuk halus)
>5 sudu besar pes cili (boleh tambah jika suka pedas)
>1 sudu besar sos tiram
>sedikit air asam jawa
>1/2 buku kiub daging (takde pun takpe...)
>bawang besar dihiris bulat untuk hiasan
>garam dan perasa

Cara-cara
1.Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
2.Masukkan pes cili dan goreng sampai keluar minyak.
3.Masukkan sos tiram dan sedikit air asam jawa.
4.Boleh tambah dengan kiub daging.
5.Masukkan hati dan kacau rata. Tambah sedikit air.
(hati jangan dimasak terlalu lama, nanti jadi keras)
6.Tambah garam dan serbuk perasa.
7.Bila hati dah empuk, bolehlah dimasukkan bawang besar yang dihiris bulat, kacau dan siap.

6 ulasan:

geraugebang berkata...

Sedap lah lauk pengantin ni.

Tanpa Nama berkata...

mujur eden tk jadi orang melaka.. jenuh nk beli lembu sampai 2 ekor. kalo 5 hengget sekor takpe la jugakk.hehehe. aiss membebel lak. apepun sambal pengantin tu bestlah kak noorma. yg tak pengantin pon terliur.hehe

Lieza berkata...

uihhhh...sedapnya hati tu nampak berkuah2 sambal lg tu...

Tanpa Nama berkata...

Salam kak Noorma,
hmmm,harum baunya. saya suka sangat hati lembu. dah terliur ni. nanti nak beli la hati lembu. hihi.

indahhouse berkata...

Salam kak Noorma,
hmmm,harum baunya. saya suka sangat hati lembu. dah terliur ni. nanti nak beli la hati lembu. hihi.

Aishah Hashim berkata...

Salam kak noorma, terima kasih dgn resipi ni, sy bru je selesai msak hati utk sajian brbuka.. Aromanya aduhai mnusuk sungguh.. Terima kasih bnyk2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...