Rabu, 26 Oktober 2011

Marble Cheese Brownies

Salam... hari ni meh kita layan brownies plak. Lama dah CK tak buat kek ataupun muffin, gara2 kesibukan tahap gaban..hahaha... Tadi masa kemas esbox, jumpa plak cream cheese sikit. Ada la dalam kira2 130gm... ermmm...nk buat apa yer? cheese tart? uhhh...tidak...dah muak memandang.

 Pernah nampak brownies ni kat rumah Madihaa. Dulu CK pernah gak buat brownies, tapi hasilnyer...ermmm...kureng sedap la plak.. ada kawan2 kata brownies ni macam kek coklat yang bantat... hahaha...so lepas tu tak pernah buat dah.
Tapi brownies yang ini mmg super dupper yummy. Sedap sangat. CK cuma buat separuh adunan jer, sbb stok cream cheese ada ciput jer..so lapisan cheese tu pun nipis jer laa... insyaalah, raya aji ni nk buat lagi.
CK buat setengah adunan jer.. (yg tulisan warna merah tu)...

Marble Cheese Brownies
Resepi : Jasmeenskitchen
TQ : MaDiHaA a.k.a Ratna,

Bahan Choc. Cake
250gm Butter 125
1 cwn serbuk koko 1/2
3 biji telur - gred B 1 1/2
1½ cwn gula kastor 3/4
½ cwn susu cair 1/4
1½ cwn tepung gandum 3/4
1 sdt Baking powder 1/2
1 sdt Soda bikabonat 1/2
1 sdt esen vanilla 1/2

Lapisan Cheese
250gm Cream Cheese 125
1 cwn gula kastor 1/2
1 biji telur - gred B 1/2
2 sudu kecil tepong jagung 1

Cara :-
1- Cairkan butter - masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2- Dalam mangkuk lain, pukul telur dan gula (guna wisk saja) smpi sebati.
3- Kemudian campurkan dgn bancuhan butter td...kacau smpi sebati.
4- Masukkan susu cair dan kacau lagi...
5- Masukkan tepung, BP dan SB (kalo rajin ayak dulu) - kacau sehingga sebati dan  masukkan esen vanila.
6- Panaskan oven
7- Alas loyang saiz 10 X 10 X 1inci dgn griss paper (biarkan terjuntai sedikit)
8- Masukkan bancuha coklat ke dlm loyang...tinggalkan 2-3sdb dan masukkan kedlm plastic..(utk buat corak marble)
9- Bakar selama 20min - guna api atas bawah

Sementara tggu bahan choc. masak sedikit, kita sediakan bahan cheese..
dan Pukul cream cheese sehingga gebu.
dan Masuukan gula dan pukul lg hingga sebati.
dan Masukkan telur dan tepong jagung dan pukul lagi hingga sebati

**Selepas 20min..keluarkan bahan choc yg separuh masak tadi...tuangkan bahan cheese..ratakan keseluruh atas kek...
**Paipkan baki chocolate atas cheese, dan lorekkan ikut suka..
**Bakar lg selama 15min atau sehingga cheese masak...(guna api atas sahaja)
**Siap...


Lorekannya tak brapa lawa sbb CK terlebih plak adunan coklat tu. Sayang plak nak buang, so tindis jer la tebal2... apa kira...bukan nk jamu orang pun, kami anak beranak jer yang makan !!! hahaha



10 ulasan:

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

cantik je potongan brownis tu...
brownis ni mmg bestkan? tak muak sgt sbb cheee xbyk sgt...

Nadz Nazharzan berkata...

Noorma.. business cam ne.. Berjalan lancar nampaknya tu sampai muak dah dgn cheese tart..hehehe.. Cantik Marble cheese brownies ni..

inahar ali berkata...

fuiyooo..bak 2 potong!! dh lama x wat brownie cis nih..terliuq wehh!!

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

Sedapnya buat minum petang ni.

Nuwairani berkata...

dah lama nani tak baking kek ni..tangan dah gatal2 ni..hihih

cik cek berkata...

CK...kak cek nak rasa sikit...lama dah tak makan brownies..:D

quinnie berkata...

sedap ni ada byk coklat..hehhehe...saya pun jenis kalau sendiri makan apa kira kalau selemuih skit pun..janji sedap dan boleh dimakan...heehhee

blogresipi.com berkata...

Yang bahagian bawah htu aak moist sangat.

HomeKreation berkata...

Salam Noorma. Dah lama tak makan kek ni... nak buat tak dan, meh laaa seketoi dua... nanti hantor ya...hehe

nisa berkata...

Like this!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...