Sabtu, 10 November 2012

Cream Puff

Salam... Aloooo !! ada yang menjengah ke sini hari sabtu gini?? tak p soping ke??

Minum petang hari ini, lepas balik dari shopping kat Jusco Equine sebentar tadi... inilah dia cream puff. First time buat (dua tahun lepas) mmg fail abis, jadi leper macam lempeng jer...  tapi hari ni, elok jer menggunung naiknya...ada tu siap merkah lagi...crispy sungguh.... waaa...sukses, sukses, cukup puas hati, puas hati...yahoooo... (dan gula pun tumpah.....hehehe)



Bahan-bahan untuk Choux Pastry
  • 1 cawan air
  • 75gm butter
  • 1 cawan tepung (ayak 3 kali)
  • 1/3 teaspoon garam -campurkan dengan tepung dan ayak sekali
  • 3 biji telur
Cara-cara
  1. Cairkan butter dan air dalam kuali/periuk. Pastikan butter cair keseluruhannya dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan tepung. Kacau sampai adunan sebati sehingga jadi doh. Masak lagi dalam masa 3 minit dengan api sederhana. Tutup api
  2. Keluarkan doh dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Adun rata. Boleh jer guna mixer
  3. Masuk adunan ke dalam piping bag dengan nozel bintang dan picit  ke atas dulang
  4. Panaskan oven 15min pada suhu 220C. Sebelum bakar, spray air pada permukaan cream puff. Bakar guna api atas bawah. 15min pertama bakar suhu 220C, kemudian turunkan kepada 190C selama 15min
  5. Bila dah sejuk, potong bahagian tengah puff dan masukkan  custard.
  6. siap dan boleh makan

Bahan-bahan untuk krim custard:
  • 200 ml susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu butter
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara

1. Campur kan tepung gandum, tepung jagung, gula dan 2,3 sudu susu. 
2. Kacau laju-laju jangan sampai ada yang berketul. Gunakan api perlahan. Kemudian masukkan telur. Kacau lagi dan kemudian masukkan baki susu.
3. Sentiasa kacau dengan api perlahan hingga jadi pekat. Tutup api. Masukkan butter. Siap.

Ada pelbagai resipi lagi...nanti cuba respi lain plak yer...




5 ulasan:

laskar pelangi berkata...

suka sangat kuih ni:)

mala berkata...

favourite ni ... selalu order. tak sampai seru nak cuba ..

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

he he soping apa ujan2 ni, malas nk keluar tau tp anak2 sibuk ajak tgk wayang la pulak hu hu
dah jadi feberet anak2 jg ni skrg kalu buat sekejap je habis he he
memang sedap kan

Hafizah Mohamad berkata...

sedapnyer kak....nampak pun sodap...bila buat menjadi mmg hepi sgt tambah2 lagi kalau yg makan tu puji kata sodap....lahai...syoknyer...

Amie berkata...

sedapnya makan cream puff buatan sendiri...bersih, terjamin semuanya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...