Sabtu, 19 Disember 2020

Apam Beras

Assalamualaikum


Hari rajin CKak, ada apam beras untuk makan-makan depan tv sambil tengok ulangan drama-drama Kampung Pisang 😛 hahaha


Sebenarnya CKak suka mencuba pelbagai resepi apam. Kali ni lain pula resepinya

Apam Beras

Bahan-bahannya:
1 cwn nasi sejuk
2 cwn tpg beras cap teratai.
1 1/4 cawan air (satu + satu per empat cwn air)
3/4 cwn gula
1 sudu kecil mauripan
1 peket eno biru





Kisar nasi, gula dan mauripan bersama air hingga halus.

Tuang dalam bekas besar. Letak tepung kacau sebati. Perap hingga nampak naik atau berbuih.

Kacau-kacau hingga buih tu turun, tuang eno sampai habis. Kacau-kacau lagi sampai sebati. Biarkan.

Masak air kukusan hingga naik wap. Sebelum kukus, kacau-kaca dulu, tuang dalam acuan. Kukus selama 10 minit.

Selamat mencuba!





Ikut kreativiti lah korang nak warnakan apam ni yer. Ckak suka 2 warna. Dan kalau tak mahu letak dalam bekas berbunga ni pun boleh. Masuk jer dalam bekas lompang.





Hanya ini sahaja yang dapat diselamatkan. Kalau buat kuih dan si tahu, kejap-kejap dia akan ke dapur, belum sempat sejuk dia dah ambil 1, bawak ke depan dan kemudian makan. Adik-adik pun tengok dan ikut jejak langkahnya. Di suruh belajar buat tak nak plak. 😩 Adoiii siapalah nak kawin dengan anak aku ni? 😥




Ok..sampai sini dulu. BYE !!!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...