Sabtu, 3 November 2012

Sira Ubi Kayu

Salam Semua, apa khabar?
diharap sihatlah yer...CK jer yang tak brapa sihat, dah mula demam dan selsema... 
Hari ni, disebabkan CK demam, takde juadah minum petang. Tengahari pun goreng bihun jer. Asalnya bangun nk makan ubat sambil2 surf internet. Nampak plak ubi kayu, terus teringatkan ubi kayu yang CK beli beberapa hari lepas. Alamak...sib baik tak busuk...so teruslah ke dapur, buat sira ubi kayu. Asalnya nk makan dengan sambal tumis ikan bilis, tp dah tak larat dah nk buat sambal tumis 

CK memang tak pernah buat atau makan sira ubi kayu ni.  Kalau sira labu tu adalah dua tiga kali. 
Resipi CK dapat dari blog kak Nor Secubit Garam..Terima kasih yer...  My Jebat suka plak makan sira ubi kayu ni. Anak-anak pun sama (cuma CK jer yang kureng, sbb demam kan....) janji masak dan selamatkan ubi tu daripada busuk...hehehe...

Bahan2:
500gm ubi kayu
1/3 cawan gula nisan ~ ikut kemanisan yg disukai
2 helai daun pandan
secubit garam
air secukupnya

Cara:
Bersihkan ubi kayu dan potong kecil.
Rebus ubi kayu dlm air yg menutupi paras ubi hingga empuk.
Keluarkan air dan tinggalkan lebih kurang 1 cawan (lebihkan jika ingin kuahnya lebih).
Masukkan gula nisan, daun pandan dan garam.
Masak hingga gula nisan hancur dan kuah menjadi pekat/likat.
Angkat dan hidangkan.


 Kalau bigg boss dah kata  sedap (kena dengan tekak dia) maknanya akan adalah ulangan untuk menu ni. Tak sangka plak, sedap rupanya ubi kayu buat gini yer

****************************

 Dan...meh plak jamu mata dengan tempahan2 sepanjang minggu yang sempat CK snap. Tempahan2 daripada pelanggan baru dan lama sekitar Serdang, Putrajaya, Puchong dan Bangsar. Biasa la kan, time sekolah dah nk mula cuti, pelbagai program kat sekolah, mulalah cikgu2 menempah untuk jamuan dll. Syukur dengan rezeki yang diberikan

2 layer pavlova ni ditempah oleh kawan CK, cikgu Fisa untuk makan2 kat sekolah sempena Hari Anugerah Cemerlang. Disamping pavlova, ada gak cheese tart, muffin coklat dan kek coklat. Tapi tak sempat CK nk snap gambar. Gambar pavlova ni pun CK snap dalam kete (masa tgh tunggu dia datang pick up )

Kek Red Velvet dengan cream cheese frosting, ditempah oleh Nurul. 

Terima kasih juga buat Kak Su dan rakannya yang telah menempah blueberry cis kek dan cheese tart semalam (jumaat). Pun tak sempat snap gambar sbb Kak Su call mintak siapkan cepat. 



Ok..sampai sini dulu.

1 ulasan:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

Alahai CK orang klantan punya resepi la ni..sira ubikayu.. kempunan la kak ros, musim hujan lagi la laju makan ni...teringat kak ros kat mak kat kampung.Dia masak apa pun sedap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...