Sabtu, 23 November 2013

Ketam Berempah

Salam...
Anak2 CK suka makan ketam, tp tak tau nk makan ketam. Adoiiii... susahnya..mak bapaknyer plak terpaksa cungkil isi ketam tu untuk mereka... Sbb tu kat rumah ni jarang beli ketam..susah nk makan.. hehehe... ikan pun anak2 tak reti nk makan. Asyik membedal ayam jer....

 Ayam masak merah kegemaran anak2... hari2 masak ayam pun takpe....


Haaaa... ni baru ketam... meh tgk resipinya

Bahan-bahan
3 ekor ketam (dibersihkan)
1 biji telur
Daun ketumbar dihiris panjang (untuk ditabur)

Bahan tumbuk
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan sos
2 sb sos tomato
1 sb sos tiram
1 sb sos ikan

Bahan lain
2 sb serbuk kari
1 sb pes cili kering
garam, gula secukup rasa

Cara-cara
Tumis bahan yang ditumbuk hingga kuning kemudian masukkan pes cili kering dan masak hingga  garing, kemudian masukkan serbuk kari. Masukkan sedikit air dan biar rempah masak.
Bila rempah dah naik minyak, masukkan bahan sos. Boleh tambah air.
Masukkan ketam dan biar ketam masak sepenuhnya
Bila ketam dah masak, pecahkan telur dan masukkan ke dalam kuali. Biar kuah memekat. Perisakan dengan garam, gula dan perisa
Akhir sekali, sebelum ditutup api, taburkan daun ketumbar. Kacau dan angkat. Siap


 Labu manis masak lemak putih. Campur sikit dengan udang hidup yang kecil tu.

 Tiga lauk cukup lah yer...takde mood nk masak2 selagi Jebat tak belikan Note 3 ...
hahahaha... (ngade je kan) 

 Layan jer la aksi anak2 bulus CK ni. Ni Timmy, adik kepada Boboi yang kat bawah tu. Tiimy ni kesayangan CK. 

 Aksi anak bulus CK setiap hari. Ni si Boboi, kesayangan Jebat.. tu dia tengah tunggu kepulangan tuan yg disayanginya la tu... Pukul 1 jer, mesti si boboi ni dah terjegat di depan pintu. Sesekali dia akan panjat jaring tu, tinjau ke jalanraya, nk tengok papa dia dah balik ke blom... Mujurlah kami dah letakkan jaring ni (tujuan asal nk elak tikus masuk rumah) Jika tidak, sure si Boboi ni dah tunggu papa dia kat simpang jalan nun... hahaha...Alahai Boboi !!

6 corat coret:

mala berkata...

anak2 mala pun dulu tak reti nk kopek ketam. letih bila ada lauk ketam. lapar jadi nya sbb asyik tlg kopek kat dia orang ja, kita ni tak makan2. dah besar dah pandai kopek sendiri. tinggal yg bongsu belum pandai lagi.

Umie Jazz berkata...

Assalamualaikum CK ..kt rmh Uj ni semua hantu ketam...ni klu dpt ni mesti x ingt donia ni...sedap nmpknya menu CK...

adda syuhada berkata...

tak pernah masak ketam berempah...nanti nk cuba la...

Bbwana adienia berkata...

nampak sedap dan pekat kuih ketam berempah tu..menggoda selera la.

mama sara nur berkata...

Assalam Ck
Ketam oh akak suker he hee
Ank2 x mkn makabah yg tolong mkn
Ketam berempah sedapnya, penah skali mkn sil mskkan

Seri Selaseh berkata...

Selalu ketam buat masak lemak je. Resepi ni nampak menarik.

Syg btol si Boboi dgn papa dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...