Isnin, 25 November 2013

Cream Puff

Salam...

♪ ♫ Saksikan laaahhhhh ♪ ♫  jamu mata jer yer, sbb cream puff nya dah pun habis. Ni CK buat semalam, untuk bekalan dalam kereta (kami ke Kuala Selangor, borong hasil laut, sbb stok dalam freezer dah habis)  dan untuk anak buah yang datang rumah. 


Kali ni mmg sukses la cream puff nya, debab2 gitu. Harapnya badan CK takde la ikut tembam macam cream puff ni. Makan dua bijik jer dah kenyang.

Cream Puff
Resepi:Yani@myresipi.com

Bahan-bahan 


100ml air
45gm butter-suhu bilik, potong 1cm
60gm tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Cara-cara


Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
1.Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
2.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
3.Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
4.Masukkan telur, kacau cepat-cepat
5.Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. 
6.Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
7.Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
8.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.




Inti kastat nya adalah lebihan CK buat fruit tart hasil tempahan untuk candy buffet sabtu lepas. Daripada membazir, baiklah dimasukkan dalam perut cream puff ni, seterusnya masuk ke perut orang... hahaha....

Custard Cream

Resepi:honey@myresipi.com
Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200cc(1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

Cara-cara
Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.



Dan inilah tujuan anak buah CK datang rumah. Nk bagi sourvenior dari London. Dia ke London atas urusan kerja dengan bossnya, Rizalman Ibrahim (pereka fesyen terkenal tu)

Seronok kat London katanya. Jom la mksu kita pi sana.... terus jebat menjawab.. "mksu ko kalo pegi, sure kena bawak tong gas besar"  ... hahahaha..... mengata la tu, diorang tau CK ni tak tahan sejuk, sekejap2 athma attack.. so cemmana nk pegi tempat sejuk mcm London yg suhunya mencecah 11'c (waktu sekarang ni)
Ermmm.. takpe laaa.. CK dok kat dapur buat kek jer laaa !!  :(


Setiap kali anak buah CK ke tempat asing, sure CK kirim FM kat dia.. kalo tak pesan pun, dia mesti tau punya.


Keychain S  tu untuk Jebat , dan C utk CK.. hehehe...



Ok..sampai sini dulu...

♥ ♥ ♥

9 corat coret:

tun_telani berkata...

Salam CK ^^ cantik bentuk cream puff tu, tun biasa buat lepas bakar hilang sket bentuk dia :) apa2 pon, asal rasa sedap kan ^^

Umie Jazz berkata...

Assalamualaikum CK x perlah tembam2 cream puff tu klu dpt sebijik tentu dah kenyang...lama dh x buat...nmpk CK tayang teruja pulak nk buat...

Cheq Sue berkata...

Cream puff pulak kat sini.... adehhhh...lagu tensen... telan air liur dulu lah

mala berkata...

cream puff dah lama nak cuba tapi tak berani. dulu selalu jumpa rizalman kat pasar tani setiawangsa :-)

asyifa mustaffa berkata...

Mmg sdap cream puff ni CK...anak2 sy mmg suka...

Sama dgn sy ni..tdo cameron pun semput mnyerang...cmna le nak g obe c ye dak...hehehe....

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Memang cantek debabnya cream puff CK ni... Tergoda akak dgn kedebabannya tu ehe ;)

mama sara nur berkata...

Debab2 tu yg sedap he hee dan cantik rupanya
Cuti2 ni sesuai buat ank2 burung lapo kat rumah tu

Love Razila berkata...

Macam senang je kak CK, nak try ler...biasa tempah je. HEHEHHE mana tau buat sendiri lagi senang ke boleh bawak g opis =) TQ for sharing...kalau dah try nanti saya update dalam blog saya k. TQ CK

Chik Mimi berkata...

Alaaaa ada cream puff ,akak pernah buat sekali ke laut dikkkk sebab tak baca tips n tricks ,wahhhh bestnya ada FM lagi London you jauh tu mai hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...