Isnin, 6 Julai 2009

Sosej Bun

Breakfast anak2 pagi ni. Uli ngan tangan jer..malas nk guna BM. Bagi la dia rehat hari ni. Lagipun buat sikit jer..tak berbaloi pun pakai bm tu...

baru jer kuar dari oven, aku terus snap gambo..sebabnyer anak2 dh ready kat meja makan tu..kalo lambat, habizzzz lah....

Bahan-bahan ( 12 biji )
190 ml air
400 gm tepung roti
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ayam
2 sudu kecil yis
60 gm butter
**bahan2 lain**
12 batang sosej
sos cili
cheese

Cara-cara
masukkan bahan2 utk roti ke dalam breadmaker. tekan button on dan tunggu sehingga siap.
bahagikan doh kepada 12 bahagian. bulat2 kan doh tersebut dan biarkan selama 20 minit.
ambil sebiji doh. canaikan
ambil sebatang sosej dan gulung
hiris sosej yg digulung. jgn sampai putus..
tolak kiri dan kanan selang seli.
ulang langkah 3 hingga 6 hingga habis
biarkan doh selama 40 minit.
setelah itu, sapu sos cili dan tabur kan cheese.
bakar pada suhu 180 darjah selama 12 minit.
roti siap dibakar..

Untuk lihat cara2 boleh klik sini yer



Ok...korang breakfast apa pagi ni??


0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...