Rabu, 15 Julai 2009

Bun Manis

Hai kengkawan sume...apa khabar? lama tak update blog ni. Sebenarnya skang ni musim jerubu la plak. Macam biasa, kalo jerubu akulah mangsa serangan asma...tu yg takde mood jer nk masak. Kesan ubat menyebabkan mata mengantuk dan badan menggigil jer..... Ni projek tengahari tadi, malas plak nk makan nasi. Sebenarnya aku ni tengah 'on diet'.. he,he... gemuk ke aku ni? tp aku rasa badan aku dh naik sikit lah....

Resepi ni aku dh hafal dalam kepala hotak. Tak yah tengok resepi dh bila nk buat. Mana taknya, resepi ni aku buat untuk sume jenis bun...memang sedap ko.... boleh klik sini yer untuk tengok resepinya.

Kali ni roti aku dh ada improvement sikit. Takde lah menggerutu mcm dulu. Thanks Suzi dan Ros sebab bagi petua.

Kalo anak2 aku, diorang makan roti ni dengan aiskrim. So, jadilah aiskrim roti. Aku plak makan ngan sambal tumis ikan bilis. Dan laki aku cicah ngan milo panas. Sume ada cara makan yang tersendiri.


Oklah...sampai sini dulu. Cau cin cau !!!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...