Khamis, 23 Ogos 2012

Cotton Japanese Cheese Cake

Salam Aidilfitri kepada semua yang sudi singgah !!

Dah puas raya kan? ke ada yang masih bercuti dikampung? mana yang mula bekerja tu, selamat menjalankan tugas harian. Tapi kedai online CK masih tutup. Tuan rumah belum lagi puas raya. Esok baru nk pegi bercuti...biarlah orang lain balik KL dulu, baru CK dan keluarga keluar dari ibukota ni. .... (suruh diorang tulun jaga rumah plak...hehehe )

Ok..hari ni CK hidang cis kek yer.... tak tau nk buat apa kat rumah. Rindu plak dengan oven dan mixer..hehehe...so CK buat la cis kek untuk makan anak beranak.


COTTON JAPANESE CHEESE CAKE
sumber: Jom Masak (FB)

Bahan-bahan ( 8-inci )

Bahan A:
• 250g cream cheese
• 50g butter
• 100 ml susu segar (fresh milk)
• 6 biji kuning telur
• 1 sdb jus lemon
• 1/4 sdk garam
• 60g tepung kek / tepung superfine
• 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
• 140g gula (granulated sugar)
• 6 biji putih telur
• 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara-
1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler(atas api kecil pun boleh smbil kacau dgn whisk). Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/c td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj)-sy guna whisk..
2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu &kacau smpai sebati.
4. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm loyang.
5. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara bain-marie (waterbath), pd 160*c..caranya loyng besar cikit ltk air panaskan dlm oven sekejap,dn masukkan loyang adunan yg nk dibakar tadi dlm loyang yg berisi air.....guna api bawah shj..5 mnt takhir api atas bwh(jika dh nmpk kuning kt permukaan tk perlu api atas,cucuk..masak ttup oven..
hias mengikut kreativiti masing2..



Ada yang tingin nk rasa? meh la datang rumah...hehehe



♥♥♥

6 ulasan:

Julia berkata...

Salam hari raya Noor..nak satu slice boleh, ka? Kejap lagi datang Kl..hehe

Azian Nd berkata...

amboi Mah, rajin nya buat kek...

Unknown berkata...

nmpk sedap!nyum nyum!!!:)

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

selamat hari raya
dtg nk beraya he he
tuan umah keluar beraya ke ni..

dapurCikWan berkata...

Dear akak CK. cikwan nak minta izin copy resepi ni ye.. nanti cikwan letak link. Tq. btw cake ni sngat sedap :)) cuma cikwan tak sempat nak deco2 cantik2...

Cendana Kasih berkata...

@dapurCikWan
silakan cikWan.. tq....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...