Rabu, 25 November 2015

Curros

SALAM... hujan dari awal subuh. Ditambah pula terputus bekalan elektrik selama 3 jam...  huh... Dalam keadaan sejuk gini, makan apapun sedap. Fikir punya fikir, tadaaaa....  CURROS in da house .. hehehehe


Bahan-bahannya senang jer...semua 1

Bahan-bahan
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar butter
1 sudu besar gula
1 biji telur...

Cara-caranya
didihkan air bersama gula dan butter
masukkan tepung. Kacau hingga tepung tak  melekat di periuk. Tutup api dan biarkan sejuk
Pukul telur, masukkan tepung tadi.
Masukkan ke dalam piping bag, dengan nozzle bentuk bintang.
Panaskan minyak. Paipkan adunan ke dalam minyak panas dan goreng hingga kekuningan
Toskan
Sedia dimakan bersama serbuk gula+kayu manis atau bersama sos coklat


Ermm... nyum, nyum... makan panas2 mmg best !!

1 corat coret:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Akak dah lama save resepi ni..
Tapi tak buat2 jugak walaupun senang CK..
Tergoda pulak tengok Churros CK ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...